oleh BHS
Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) telah mengadakan seminar bertajuk 'Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia: Ke Mana Arahnya Dari Sini?' Selasa lalu. Empat pemerhati politik dari sebarang Tambak telah diundang untuk mengolah isu tersebut dan isu-isu yang berkaitan dengannya, termasuk prospek masa depan hubungan antara rakyat dengan kerajaan Malaysia. DARWIS SAID melaporkan.
DASAR Ekonomi Baru (DEB) Malaysia dengan dua matlamat kembarnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur sosial negara itu gagal dalam pelaksanaannya.
Ini sedang DEB mula melangkah masuk ke era 1990-an, kata satu panel pengamat politik dari Malaysia.
'Saya fikir jika anda melihat ke arah asal-usul dan falsafah serta teori di sebalik DEB, ia pertama sekali adalah untuk membasmi kemiskinan pada semua lapisan (masyarakat).
'Dan, keduanya, adalah untuk memisahkan sesuatu kaum daripada pekerjaan yang biasa dikaitkan dengan mereka,' kata Encik Tawfik Tun Dr Ismail, mantan Ahli Parlimen Sungei Benut, Johor, dan anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.
'Jadi, jika anda seorang Melayu, anda mungkin seorang drebar, jika anda orang India, anda mungkin pekerja kebun, jika anda seorang Cina pula, anda mungkin peniaga kecil atau pembantu rumah kepada pemilik ladang di Malaysia.
'Dan, itu antara perkara yang mahu dibasmi DEB, selain mengambil balik penguasaan asing dalam ekonomi Malaysia... 13 tahun selepas Malaysia merdeka,' jelas pakar runding Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) itu lagi.
'(Namun) bagaimana ia dilaksanakan sejak itu menjadi bahan perdebatan hingga sekarang,' tegas beliau.
Menurutnya, walaupun DEB telah dihentikan secara rasmi pada 1990, ia masih menjadi 'frasa politik' dan sering digunakan Umno sebagai 'cara mengekalkan kuasa Umno', selain 'helah untuk mengagihkan apa yang perlu diagihkan dalam dunia komersial di kalangan mereka yang berbaikbaik dengan pemegang kuasa'.
'Walaupun ia sepatutnya bertujuan membasmi kemiskinan dan melenyapkan perbezaan kelas dan perkauman, (tetapi) perlaksanaannya kelihatan seperti menambahkannya (perbezaan itu) lagi,' tegas Encik Tawfik.
Itu sebab Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya 8 Mac lalu - bukan sahaja di kawasan bandar, malah juga di luar bandar, tambahnya.
'Ia kelihatan seperti menunjukkan adanya rasa tidak puas bahawa kerajaan tidak melakukan yang mencukupi, atau bahawa ia belum melakukan sesuatu terhadap golongan orang tertentu,' katanya.
Encik Tawfik, adalah salah satu daripada empat anggota panel pakar yang diundang Iseas dalam seminarnya bertajuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia: Ke Mana Arahnya Dari Sini? di dewan seminar institut itu Selasa lalu.
Anggota panel lain terdiri daripada Datuk Din Marican, Pengarah Program Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim; Encik Khoo Kay Peng, pengamat politik bebas dan Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Kajian Sosioekonomi (Sedar) Malaysia; dan Encik Wong Chin Huat, seorang pensyarah kewartawanan dari Sekolah Sastera dan Sains, Universiti Monash (Sunway) di Malaysia.
Bagi Datuk Din, era gemilang DEB, yang mendapat sambutan awam, sudah berlalu selepas 1990.
'Selepas 1990, keadaan sudah berubah... Jadi, kami fikir, sudah tiba masanya (dengan penuh kejujuran) bahawa dasar itu telah menggagalkan kita, ia melemahkan negara, dan kita masih lagi keterbelakang,' kata beliau.
Berdasarkan latar belakang itu, menurutnya, PKR telah melakarkan Agenda Ekonomi Malaysia (MEA) bagi menyediakan alternatif baru yang tidak didasarkan atas kriteria perkauman.
'Maka, parti saya menolak DEB sebagaimana ia dilaksanakan sekarang. Dan menawarkan satu agenda alternatif dan mendapat mandat rakyat Malaysia,' kata Datuk Din.
Encik Wong pula menyifatkan DEB sebagai 'ubat yang salah' bagi tujuan yang betul.
'Kami maklum bahawa ketidakseimbangan antara kaum dari segi pekerjaan, kekayaan dan pendidikan adalah terlalu berat untuk ditanggung oleh sebuah negara yang baru,' kata beliau.
Namun, Encik Wong berpendapat bahawa masalah membasmi kemiskinan boleh diatasi melalui 'sebuah negara kebajikan' atau welfare state, manakala isu penyusunan semula masyarakat boleh dicapai melalui penyusunan semula pekerajaan dan mewujudkan pusat pertumbuhan baru di beberapa wilayah - bukan melalui penyusunan semula pemilikan ekuiti.
'Bagaimanakah dengan penyaluran pemilikan ekuiti sebanyak 30 peratus kepada kaum Bumiputera boleh membantu orang-orang Melayu miskin yang menghadapi masalah kebuluran di Baling, Kedah, misalnya?' tanya Encik Wong, sambil menambah DEB seolaholah membuat andaian bahawa kaum Melayu yang kaya akan menyalurkan hartanya kepada golongan miskin di kalangan mereka.
'Bagi memastikan adanya golongan peniaga berjaya dan mewah di kalangan Bumiputera, anda perlu memilih mereka yang paling cekap.
'(Namun) bagi memastikan pendapatan yang diraih orang Melayu kaya akan disalurkan kepada mereka yang miskin, anda pula harus memilih mereka yang bersifat kemasyarakatan, bukan setakat yang paling cekap,' jelasnya.
Jika kedua-dua ciri itu tidak wujud, atau salah satu sahaja yang ditekankan, maka 'anda mengorbankan pertumbuhan ekonomi, dan pada masa yang sama, anda akan mewarisi ketidakseimbangan yang serius dalam kaum anda sendiri', jelas Encik Wong lagi.
'Itulah gambaran yang ada sekarang di Malaysia,' tambahnya.
Encik Khoo pula menganjurkan agar dibasmikan 'penyalahgunaan DEB' dan layanan istimewa yang berdasarkan kaum.
'Kita harus menghentikan penggunaan DEB untuk mendalamkan dan mengukuhkan lagi hegemoni politik.
'Ini amat genting dalam era Tun Dr Mahathir (Mohamad), dan turut digunakan secara wewenang dalam era (kerajaan) baru ini kerana setiap satu daripada mereka mahu meninggalkan warisannya sendiri,' kata beliau.
# Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia Pelancaran dan matlamat Dilancarkan pada 1971 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia bagi menggalak perpaduan.
# Ia juga bertujuan menyusun semula ekonomi bagi membasmi kaitan antara sesuatu kaum dengan fungsi ekonomi yang biasa distereotaipkan kepada mereka.
# DEB diakhiri pada 1990 dan digantikan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Malaysia pada 1991, yang berjalan selama sedekad.
Sekilas sejarah DEB
# Di bawah jajahan Britain, kaum Melayu diberi hak istimewa berbanding kaum bukan Melayu dari segi kuota biasiswa awam dan tawaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
# Apabila Persekutuan Malaya diisytiharkan merdeka pada 1957, perlembagaannya mengandungi Artikel 153 yang memperuntukkan hak istimewa kepada kaum Melayu.
# Suruhanjaya Reid, yang melakar perlembagaan itu, antara lain menyatakan bahawa hak tersebut akan dikurangkan 'dari masa ke masa dan akhirnya harus ditiadakan'.
# Setelah Malaya bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963 untuk membentuk Persekutuan Malaysia, perlembagaan barunya mengekalkan Artikel 153 itu. Istilah Bumiputera kemudian diluaskan kepada semua puak asli Sabah dan Sarawak di Timur Malaysia.
# Artikel 153 bertujuan mengimbangi pemilikan ekuiti ekonomi antara kaum Melayu dengan Cina, tetapi selepas merdeka, perkongsian kaum Bumiputera hanya membentuk 2.4 peratus daripada ekonomi negara itu pada lewat 1970.
# Secara rasmi, DEB sepatutnya berakhir pada 1990, tetapi ia kekal digunakan dalam beberapa dasar lain di Malaysia. Ini kerana pihak kerajaan percaya matlamat 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera masih belum tercapai.
# Pada 2006, DEB diterapkan semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Kesan dan Isu
# Walaupun DEB disokong sesetengah pihak sebagai usaha yang berjaya mengurangkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum Cina minoriti dengan kaum Melayu majoriti, ada juga yang melihat pelaksanaannya sebagai menurunkan status kaum bukan Melayu ke tahap warga negara kelas dua.
# Ia juga dilihat sebagai usaha Umno untuk terus memperkukuhkan konsep 'Ketuanan Melayu'.
# DEB turut digunakan sebagai sebahagian daripada Agenda Melayu dan kemudian sebahagian daripada kontrak sosial dalam perlembagaan kerajaan Malaysia.
# Ini memberikan hak istimewa kepada kaum Melayu, dan semakin kurang dipersetujui kaum lain di negara itu.
# Malah, sejak akhir-akhir ini, DEB semakin dikritik hebat sebagai satu sistem kurang cekap yang menggalak penyalahgunaan di kalangan beberapa golongan Bumiputera, baik dalam pemilikan saham syarikat, perumahan dan peluang perniagaan.
# Ia juga dilihat sebagai daya usaha yang telah menggalak ke arah lebih banyak diskriminasi perkauman oleh para pengkritiknya.
Sabtu, 5 April 2008
Isnin, 31 Mac 2008
"Melayu akan diperalat oleh Barat, Eropah jika rakyat pilih Anwar jadi PM" Mahathir

PP: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana"
"Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.
Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.
"Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta di mesyuarat itu mengenai laporan media asing yang mendakwa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.
"Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar). Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara"
"Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar). Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara," katanya.
Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang layak bertanding jawatan tertinggi Umno yang dikekalkan semasa menjadi Presiden Umno adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja boleh bertanding dan bukan bagi kepentingan peribadi.
Di bawah sistem kuota itu, perlembagaan Umno mensyaratkan seseorang calon perlu memperoleh pencalonan sekurang-kurangnya daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding jawatan presiden diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.
Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi.
Dr Mahathir berkata: "Apa ada kepentingan saya. Saya menang bukan banyak tu aja. Saya menang tanpa bertanding banyak kali."
Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana "Dia (Anwar) dapat bukan main banyak...lebih 30 peratus pencalonan tapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.
"Ini kita buat semua tu sebab kalau tidak, akan jadi macam Sulaiman Palestin. Dia bukan ada sokongan sangat tapi bertanding," katanya.
Dr Mahathir berkata pada masa beliau memimpin Umno untuk mendapatkan 60 pencalonan daripada bahagian tidak menjadi masalah.
Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana "Dia (Anwar) dapat bukan main banyak...lebih 30 peratus pencalonan tapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar hari ini bahawa beliau sebagai seorang anggota Jawatankuasa Perlembagaan parti telah mengemukakan kepada Dr Mahathir cadangan anggota parti akar umbi untuk menarik balik kuota 30 peratus.
Bagaimanapun Dr Mahathir memintanya membiarkan sahaja, dan ini kata Muhyiddin kebanyakkan disebabkan pada hakikatnya Dr Mahathir ialah presiden Umno pada ketika itu dan peraturan ini akan melemahkan sebarang cabaran kepada presiden.
Dr Mahathir menjelaskan langkah Umno berkenaan meneruskan sistem tersebut pada ketika itu bagi memastikan pemilihan parti dilaksanakan secara serius kerana "orang yang dicalonkan bukan secara serius dan kita nak adakan pemilihan makan masa."
BERITA BERKAITAN
Khamis, 20 Mac 2008
UMNO Selangor akan tuntut Abdullah berundur
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Badawi dilihat semakin hampir kepada saat penghujung kekuasaannya.
Ketika Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan mencabar Abdullah sebagai Presiden UMNO, muncul pula laporan bahawa UMNO Selangor akan menuntut Perdana Menteri berundur.
Menurut seorang blogger UMNO, The �thirteen million plus Ringgit� guy (bigdogdotcom.wordpress.com), hanya dua bahagian sahaja di dalam UMNO Selangor yang tidak terlibat dengan cadangan itu.
"Semalam, semua Bahagian UMNO Selangor kecuali Tanjung Karang dan Sepang bersetujui untuk mencadangkan PM �Flip-Flop� Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dari semua jawatan politik, setelah BN Selangor mengalami kekalahan buruk dan untuk pertama kali, kerajaan Selangor diperintah oleh pembangkang, yang diketuai PKR," kata beliau dalam posting bertajuk "Dr. Khir Toyo berundur, Ku Li sedia cabar PM �Flip-Flop� Abdullah" bertarikh 19 Mac.
Mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Selangor, The �thirteen million plus Ringgit� guy menyatakan, "dikhabarkan bahawa hanya 9 dari 22 Bahagian UMNO Selangor meminta Dr Khir melepaskan jawatan tertinggi UMNO negeri itu".
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN hanya mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di Selangor.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 15 kerusi DUN dan sembilan Parlimen manakala DAP 13 DUN dan empat Parlimen sementara Pas menang lapan DUN dan empat Parlimen.
Sementara itu, KL Pos melaporkan, lima cawangan UMNO di Kampung Bukit Sungai Putih Ampang akan dibubarkan dengan semua ahlinya akan menyertai PKR dalam satu majlis khas pada 23 Mac ini.

Ku Li mahu cabar presiden Umno
Mar 19, 08 6:01pm
Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.
Bercakap di sidang media di kediamannya di Kota Bharu, Tengku Razaleigh berkata ketewasan besar-besaran Umno dan BN tidak boleh berlanjutan.
"Siapa yang bertanggungjawab tidak boleh terus tidur," katanya.
Beliau juga menggesa kepemimpinan negara mengambil berat kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah yang akan membawa kesan kepada Malaysia.
Beliau, yang juga bekas naib presiden Umno, turut menyatakan sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir untuk menyuarakan desakannya.
Katanya, apabila kadar jenayah di negara ini makin meningkat, itu menandakan ekonomi sedang lemah.
Beliau, yang juga bekas naib presiden Umno, turut menyatakan sokongan kepada exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menyuarakan desakannya agar Abdullah meletakkan jawatan.
"Mukhriz berhak menyuarakan pendapat, Umno bukan parti satu orang. Setiap ahli Umno berhak bersuara," katanya, yang juga mesra dipanggil Ku Li.
Esok, tambahnya, bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat bagi mencadangkan Umno memanggil mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan isu kekalahan teruk Umno.
Mengulas tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), Ku Li berkata sebahagian kritikan pemimpin pembangkang tentang dasar itu ada kebenarannya.
DEB, tambahnya, telah lari daripada semangat asal sewaktu ia digubal pada 1970, selepas tragedi rusuhan 13 Mei, bagi membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Seperti dakwaan pembangkang, beliau bersetuju bahawa wujud amalan kronisme dalam pelaksanaan DEB apabila sesetengah pemimpin atau individu yang rapat dengan mereka menunjukkan kekayaan berlebihan.
Sebagai seorang yang terlibat di peringkat awal merumuskan dasar itu, kata Ku Li lagi, beliau menyokong dasar itu diteruskan.
Beliau juga bersetuju dengan gesaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Umno dibersihkan selepas parti itu tewas pada pilihanraya umum 8 Mac.
Sebelum itu, bekas pengasas Parti Melayu Semangat 46 itu disambut meriah oleh kira-kira 100 penyokong di lapangan terbang Pengkalan Chepa, kira-kira setengah jam dari kediamannya di Palm Manor.
Sejumlah wartawan juga menanti tetapi mereka kemudiannya dimaklumkan sidang akhbar tidak diadakan di situ.
Sokongan itu dikaitkan dengan usaha Ku Li membuka langkah dalam gerakan mencabar Abdullah.

Rabu, 19 Mac 2008
Kabinet Negeri Sabah 2008
Jabatan Ketua Menteri
Ketua Menteri
YAB Datuk Seri Musa Haji Aman
YB Datuk Nasrun Datu Mansur(I)
YB Datuk Edward Khoo Keok Hai(II)
YB Datuk Radin Malleh(III)
Menteri di Jabatan Ketua Menteri
YB Datuk Nasir Tun Sakaran
Kementerian Kewangan
YAB Datuk Seri Musa Haji Aman
YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
YB Melanie Chia Chui Ket
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Hajah Azizah Mohd Dun
YB Herbert Timbun Lagadan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
Timbalan Ketua Menteri
YB Datuk Joseph Pairin Kitingan
YB Datuk Sairin Karno
Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Timbalan Ketua Menteri
YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah
YB Datuk Michael Asang
YB Datuk Japlin Akim
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
YB Datuk Masidi Manjun
YB Bolkiah Ismail
YB Datuk Ellron Angin
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Timbalan Ketua Menteri
YB Datuk Haji Yahya Hussin
YB Datuk Bobbey Ahfang Suan
YB Datuk Musbah Haji Jamil
Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
YB Datuk Hajiji Mohd Noor
YB Edward Yong Oui Fah
YB Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar
Kementerian Pembangunan Perindustrian
YB Datuk Ewon Ebin
YB Jainab Datuk Ahmad
Kementerian Belia dan Sukan
YB Datuk Peter Pang En Yin
YB Jahid Jahim
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
YB Datuk Dr Yee Moh Chai
YB Donald Peter Mojuntin

BARISAN KABINET BARU 2008

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz
Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri
Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri
Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad
Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri
Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum
KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri
Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri
Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PENGANGKUTANMenteri
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili
Timbalan Menteri
Fadilah YusOf
KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal
Timbalan Menteri
Teng Boon Soon
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen
Timbalan Menteri
Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib
Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan
APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!
APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .

Jumaat, 28 Disember 2007
Antara Pemimpin dan BOSS
Di bawah ini adalah perbandingan yang diberikan oleh Gordon Selfridge antara seorang pemimpin dan boss.
Seorang boss mempekerjakan bawahannya;
Tetapi seorang pemimpin mengilhami mereka,
Seorang boss mengandalkan kekuasaannya;
Tetapi seorang pemimpin mengandalkan kemauan baik.
Seorang boss menimbulkan ketakutan;
Tetapi seorang pemimpin memancarkan kasih.
Seorang boss mengatakan 'aku';
Tetapi seorang pemimpin mengatakan 'kita'.
Seorang boss menunjukkan siapa yang bersalah;
Tetapi seorang pemimpin menunjukkan apa yang salah.
Seorang boss tahu bagaimana sesuatu dikerjakan'
Tetapi seorang pemimpin tahu bagaimana mengerjakannya.
Seorang boss menuntut rasa hormat;
Tetapi seorang pemimpin membangkitkan rasa hormat;
Seorang boss berkata, 'Pergi!';
Tetapi seorang pemimpin berkata, 'Mari kita pergi!'
Maka jadilah seorang pemimpin, dan bukan seorang boss.
FIKIR-FIKIR KAN LAH...

Isnin, 10 Disember 2007
Langgan:
Catatan (Atom)