.bmp)
Oleh : Siti Masitah Mohamed
KOTA BHARU: Berhubung isu perletakan jawatan Pengerusi PKR Kelantan, Nik Mahmud Nik Hassan kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara itu adalah hak peribadi individu itu sendiri dan PAS Kelantan tidak berhak menghalangnya.
Tuan Guru berkata, sikap tidak puas hati adalah lumrah bagi setiap manusia.
“Dia tak puas dia punya pasallah, mana boleh puas hati semua manusia ni, saya pun tak puas hati beri kerusi sebanyak itu kepada PKR tetapi kalah dan hanya tinggal satu (kerusi) saja, kita beri enam kerusi tapi menang satu saja, tak puas hati juga saya pun,” katanya ketika ditemui di kediaman rasminya, semalam
Semalam, akhbar melaporkan Pengerusi PKR itu telah meletak jawantannya yang disandang selama enam tahun. Nik Mahmud, 62, bagaimanapun menyerahkan segala urusan berkaitan penggantinya kepada pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau akan memberi sokongan kepada PKR di Kuala Lumpur kerana baginya tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan di Kelantan.
“Biarlah orang muda yang ambil alih, sudah enam tahun saya berjuang dan sekarang sudah tiba masanya untuk saya meninggalkan jawatan ini,” katanya.
Difahamkan perletakan jawatannya adalah disebabkan rasa tidak puas hati dengan PAS Kelantan yang tidak memberi kerusi untuknya bertanding pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan