Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia bercadang menubuhkan unit berkuda di seluruh negara selain menggunakan kereta perisai bagi meningkatkan kemampuannya menangani rusuhan.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Jamaluddin Khalid berkata usaha-usaha itu perlu diperkenalkan bagi penambahbaikan FRU menghadapi keadaan serta rusuhan yang agresif.
petrol price hike protest 2 fru water cannon fired"Pihak kami akan membuat permohonan untuk kelulusan menubuhkan unit berkenaan daripada ketua polis negara," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus FRU PDRM Siri 1/2008 di Ipoh hari ini.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, unit berkuda FRU yang sebelum ini ditubuhkan di Kuala Lumpur bagi tujuan latihan, jika diluluskan akan dilaksanakan di setiap unit FRU seluruh negara.
Beliau berkata selain penubuhan unit berkuda, kereta perisai juga akan digunakan oleh FRU dalam usaha menangani rusuhan.
Tindakan agresif
Jamaluddin berkata unit berkuda akan beroperasi di belakang anggota FRU yang dikerahkan menyuraikan rusuhan.
Katanya, perusuh sekarang didapati semakin agresif apabila bertindak melontar bom petrol serta objek berbahaya terhadap anggota FRU yang menyuraikan rusuhan, dan penggunaan kereta perisai adalah sesuai bagi menangani situasi seperti itu.
Dalam perkembangan lain, Jamaluddin berkata FRUakan menubuhkanbersih rally 101107 fru water cannon masjid jamek unit di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi dengan keanggotaan setiap unit seramai 325 orang.
"Kita akan mengambil anggota baru iaitu sebahagian daripada 60,000 anggota polis baru yang akan diambil dalam tahun ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini," katanya.
Seramai 54 pelatih menamatkan latihan berkenaan yang berlangsung selama tujuh minggu bermula 13 Mac lalu.
Jumaat, 16 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan