Ahad, 18 Mei 2008

UPKO tidak akan lompat

Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok Jumaat memberi jaminan empat Ahli Parlimen parti itu tidak akan lompat ke pembangkang.Katanya kepada para wartawan di pejabatnya di Putrajaya sekalipun mereka mengakui kekecewaan yang dilahirkan beberapa Ahli Parlimen Sabah berhubung beberapa isu tetapi tidak ada siapa berniat meninggalkan BN. Bernard yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melawat Sabah akhir bulan ini untuk menangani beberapa isu semasa yang melibatkan negeri itu. Dompok berkata Perdana Menteri telah memberikan petunjuk bagi lawatan berkenaan.Isu semasa yang membabitkan negeri itu termasuklah kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat ke parti pembangkang, beberapa Anggota Parlimen tidak berpuashati dengan representasi dari Sabah dalam Kabinet Persekutuan, pembangunan infrastruktur dan masalah pendatang asing tanpa izin yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini.- 16/5/2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan