Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan perarakan besar-besaran sejauh hampir dua kilometer Jumaat bagi membantah kenaikan mendadak harga minyak.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama Pemuda PAS dan DAP akan bergerak dari masjid Kampung Baru ke Suria KLCC selepas solat 13 Jun ini.
Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu lalu.
Dalam kenyataannya hari ini, AMK menggesa semua ahli Pemuda Pakatan dari seluruh negara menghadirinya.
Sejak minggu, beberapa demonstrasi kecil diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Selasa, 10 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan