Jumaat, 28 Disember 2007

Antara Pemimpin dan BOSS

Di bawah ini adalah perbandingan yang diberikan oleh Gordon Selfridge antara seorang pemimpin dan boss.

Seorang boss mempekerjakan bawahannya;
Tetapi seorang pemimpin mengilhami mereka,

Seorang boss mengandalkan kekuasaannya;
Tetapi seorang pemimpin mengandalkan kemauan baik.

Seorang boss menimbulkan ketakutan;
Tetapi seorang pemimpin memancarkan kasih.

Seorang boss mengatakan 'aku';
Tetapi seorang pemimpin mengatakan 'kita'.

Seorang boss menunjukkan siapa yang bersalah;
Tetapi seorang pemimpin menunjukkan apa yang salah.

Seorang boss tahu bagaimana sesuatu dikerjakan'
Tetapi seorang pemimpin tahu bagaimana mengerjakannya.

Seorang boss menuntut rasa hormat;
Tetapi seorang pemimpin membangkitkan rasa hormat;

Seorang boss berkata, 'Pergi!';
Tetapi seorang pemimpin berkata, 'Mari kita pergi!'

Maka jadilah seorang pemimpin, dan bukan seorang boss.


FIKIR-FIKIR KAN LAH...

Isnin, 10 Disember 2007

KOLEKSI GAMBAR KERKAITAN PUTATAN





KOLEKSI GAMBAR BERKAITAN PUTATAN 1





BAHAN DARI ARKIB MALAYSIA, PUTATAN 1884


Pada hari ini dalam tahun 1884, Pengeran Muda Damit Tajuddin bin Pengeran Muda Hashim menandatangani satu perjanjian di mana ia menyerahkan kawasan Sungai Putatan di Sabah kepada Syarikat Borneo Utara British. Kawasan yang dimaksudkan ialah semua kawasan Sungai Putatan dari hulu hingga ke hilir termasuk pulau-pulau yang di dalam lingkungan 6 batu ke laut dari kuala sungai itu. Sebagai gantinya Syarikat Borneo Utara British membayar sebanyak satu ribu ringgit tiap-tiap tahun kepada Pengeran Muda Damit.
Mengikut perjanjian itu Syarikat Borneo Utara British diberi hak-milik ke atas kawasan tersebut termasuk hak pengeluaran sebarang galian, tanaman dan haiwan; membuat undang-undang; mengeluarkan mata wang; mewujudkan tentera darat dan laut; mengenakan cukai ke atas perdagangan di dalam dan luar negeri; dan mengenakan cukai ke atas penduduknya. Wilayah tersebut dan segala hak yang termaktub adalah menjadi kepunyaan Syarikat Borneo, Utara British buat selama-lamanya mengikut kehendak Syarikat itu. Pengeran Muda Damit bersetuju dan berjanji akan membantu Syarikat Borneo Utara British mewujudkan sebuah Kerajaan di kawasan itu. Beliau juga akan memastikan supaya penduduk-penduduk di situ mengakui Kerajaan Syarikat Borneo Utara British. Jika timbul apa-apa bantahan dari mana-mana pihak terhadap hak bekerajaan oleh Syarikat itu beliau akan bertanggung.iawab terhadapnya.

Perjanjian ini adalah merupakan kejayaan pertama bagi Syarikat Borneo Utara British dalam usaha mengembangkan perdagangan dan politik penjajah Inggeris. Sebelum dari itu, semasa ia ditubuhkan dan direstui oleh Ratu Victoria pada tahun 1881, Syarikat itu telah mewarisi beberapa wilayah yang telah dijajahi oleh Gustavas Baron de Overback dan Alfred Dent. Seterusnya Syarikat Borneo Utara British juga berjaya melalui perjanjianperjanjian yang lain mendapatkan wilayah-wilayah baru dan sehinggalah pada tahun 1903 seluruh Negeri Sabah berjaya diperolehinya.