Sabtu, 31 Januari 2009

90 calon ditawar borang tanding pemilihan Umno

Kesemua 90 calon yang layak bertanding jawatan utama kepimpinan pusat Umno telah diminta mengembalikan borang penerimaan tawaran bertanding sebelum 20 Februari ini bagi mengelakkan pencalonan terbatal.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat tawaran kepada semua calon yang layak bertanding telah mula diedarkan oleh ibu pejabat Umno sejak Khamis lalu.

"Surat-surat tawaran untuk calon bertanding sudah kita edarkan," katanya.

Pemilihan akan berlangsung sempena perhimpunan agung tahunan hujung Mac ini.

Bagi calon-calon yang gagal mengembalikan borang dengan lengkap sebelum berakhirnya tarikh yang ditetapkan, pencalonnan mereka akan terbatal dengan sendirinya, kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Selain itu borang pelantikan wakil calon untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan turut disertakan dan perlu dikembalikan dalam tempoh yang sama.

Bagi pemilihan kali ini, lima jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) akan dipertandingkan iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli MT.

Hanya jawatan Presiden menyaksikan tiada pertandingan apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi calon tunggal yang melepasi minimum 58 kuota pencalonan.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatannya.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri juga mengadakan pemilihan - berlangsung sehari sebelum perhimpunan agung Umno.

Berikut adalah senarai calon-calon yang layak bertanding:

PENGERUSI TETAP

1. Badruddin Amiruldin – Jerai 2. Che Onn Ismail – Kapar

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Mohamad Aziz – Sri Gading

2. Badruddin Amiruldin – Jerai

3. Ahmad Bhari Abdul Rahman – Selayang

4. Mohd Ali Hassan – Tebrau

5. Che Onn Ismail – Kapar

6. Abdul Raman Suliman – Parit Buntar

7. Rizuan Abdul Hamid – Kepong

8. Azumu Tak – Ipoh Barat

PRESIDEN

1. Mohd Najib Tun Abd Razak – Pekan (Menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN

1. Muhyiddin Mohd Yassin – Pagoh

2. Mohd. Ali Mohd. Rustam – Bukit Katil

3. Muhammad Muhammad Taib – Kelana Jaya

NAIB PRESIDEN

1. Hishammuddin Tun Hussein - Sembrong

2. Ahmad Zahid Hamidi – Bagan Datok

3. Mohd Shafie Apdal – Semporna

4. Mohamed Khaled Nordin – Pasir Gudang

5. Syed Hamid Syed Jaafar Albar – Kota Tinggi

6. Mohd Isa Dato Abd Samad – Telok Kemang

7. Rais Yatim – Jelebu

8. Jamaludin Dato Mohd Jarjis – Rompin

9. A. Rahim Tamby Chik – Kota Melaka

AHLI MAJLIS TERTINGGI

1. Noh Omar – Tanjong Karang

2. Mohd Zin Mohamed – Sepang

3. Musa Aman – Libaran

4. Mustapa Mohamed – Jeli

5. Abdul Ghani Othman – Ledang

6. Ismail Sabri Yaakob – Bera

7. Zainal Abidin Osman – Nibong Tebal

8. Azian Osman – Ipoh Timur

9. Tajuddin Abdul Rahman – Pasir Salak

10. Adnan Yaakob – Bentong

11. Azalina Othman – Pengerang

12. Abd. Latiff Ahmad – Mersing

13. Mohamad Hassan – Rembau

14. Sharil @ Shahrir Ab Samad – Johor Bahru

15. Mahdzir Khalid – Padang Terap

16. Ahmad Husni Mohd Hanadzlah - Tambun

17. Hamzah Zainudin – Ipoh Barat

18. Ahmad Shabery Cheek – Kemaman

19. Mohd Puad Zarkashi – Batu Pahat

20. Noraini Ahmad – Parit Sulong

21. Zulhasnan Rafique – Setiawangsa

22. Awang Adek Hussin – Bachok

23. Mohamad Norza Zakaria – Wangsa Maju

24. Mohd Johari Baharum – Kubang Pasu

25. Shahidan Kassim – Arau

26. Idris Haron – Tangga Batu

27. Abd Aziz Sheikh Fadzir – Baling

28. Anifah Aman @ Haniff Bin Amman - Kimanis

29. Lajim Ukin – Beaufort

30. Shaziman Abu Mansor – Tampin

31. Zambry Abd Kadir – Lumut

32. Saifuddin Abdulllah – Temerloh

33. Ahmad Said – Kemaman

34. Idris Jusoh – Besut

35. Md Alwi Che Ahmad – Ketereh

36. Syed Ali Abbas Alhabshee – Cheras

37. Md. Isa Sabu – Kangar

38. Moktar Radin – Kinabatangan

39. Abdul Latiff Mirasa – Bagan

40. Hilmi Yahaya – Balik Pulau

41. Abdul Azeez Abdul Rahim – Baling

42. Norraesah Mohamad – Balik Pulau

43. Hasan Malek – Kuala Pilah

44. Raja Ropiaah Raja Abdullah – Petaling Jaya Utara

45. Jamaludin Dato Mohd Jarjis – Rompin

46. Shahrizhat Abdul Jalil – Kepong

47. Abdul Rahman Bakar – Marang

48. Abdul Aziz Shamsuddin – Gopeng

49. Mohammed Radzi @ Mohd Radzi Manan – Kampar

50. Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji Omar - Larut

51. Halimah Mohamed Sadique – Tenggara

52. Ghazali Ibrahim – Padang Terap

53. Masidi Manjun @ Masdi – Ranau

54. Astaman Abdul Aziz – Wangsa Maju

55. Ishak Ismail – Seremban

56. Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali – Gerik

57. Siti Zaharah Sulaiman – Paya Besar

58. Md Salleh Md Said – Kota Belut

59. Subahan Kamal – Selayang

60. Zahidi ainul Abidin – Padang Besar

61. Adnan Wan Mamat – Kuantan

62. Azhar Ibrahim – Kepala Batas

63. Abdullah Md Zin – Besut

64. Mohd Radzi Sheikh Ahmad – Kangar

65. T. Putera T. Awang – Hulu Terengganu

66. Azimi Daim – Kulim – Bandar Baharu

67. Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri – Kuala Nerus

68. Sazmi Miah – Machang

69. Mohamed Jin Samsudin – Bukit Gantang

70. Lilah Yasin – Jempol

71. A Rahim Tamby Chik – Kota Melaka

72. Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar – Kota Tinggi

Isnin, 5 Januari 2009

Malaysia sumbang US$1 juta bantu Palestin

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meluluskan bantuan segera US$1 daripada kerajaan Malaysia kepada penduduk Palestin.

Wang itu akan disalurkan menerusi Mercy Malaysia untuk menyediakan bantuan bekalan, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Luar telah menubuhkan Tabung Untuk Rakyat Palestin bagi mengutip dan menyelaras bantuan daripada rakyat Malaysia.

Abdullah berkata, Malaysia akan terus memberi bantuan kemanusiaan mengikut kemampuannya kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, yang kini menjadi sasaran serangan Israel menyebabkan lebih 500 orang terbunuh sejak seminggu lepas.

Perdana Menteri berkata, beliau akan menulis kepada pelbagai pemimpin dunia bagi meminta mereka menggunakan kedudukan dan pengaruh masing-masing supaya mendesak Israel menghentikan serangan itu dan bersetuju mengadakan gencatan senjata.

Abdullah berkata, pendirian Malaysia ialah keamanan dan kestabilan yang berterusan di Gaza akan hanya dapat dicapai menerusi rundingan secara damai.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab menghentikan kekejaman oleh Israel itu dan ia perlu mendesak supaya gencatan senjata dikuatkuasakan.

"Kegagalan Majlis Keselamatan PBB melakukannya akan menyebabkan krisis menjadi lebih runcing, menjejaskan perpaduan Palestin dan mengancam keamanan dan keselamatan di Timur Tengah," katanya.

Abdullah menyifatkan serangan darat oleh Israel di Gaza sebagai satu tindakan perang yang tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa.

"Saya dapati Majlis Keselamatan PBB gagal bertindak dalam soal yang kritikal ini. Saya menyeru supaya Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar bagi menerima satu usul perdamaian," kata Perdana Menteri.

Katanya, Israel sedang menjalankan satu bentuk hukuman sistematik terhadap penduduk Gaza tanpa mempedulikan nasib orang yang tidak berdosa atau kemusnahan harta mereka.Tindakan tidak bermoral ini jelas melanggar undangundang antarabangsa dan perlu dikutuk, kata Perdana Menteri.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin melahirkan rasa bimbang yang amat sangat terhadap serangan berterusan oleh Israel ini yang tidak mengambil kira nyawa manusia atau pendapat dunia," katanya.BERNAMA

Obama tidak akan ubah dasar sokong Israel - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Bakal Presiden Amerika, Barack Obama (gambar) tidak akan mengubah pendirian Amerika Syarikat menyokong Israel walaupun rejim Zionis itu secara nyata telah bertindak kejam terhadap Palestin, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barrack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.

"Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan," katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Isnin bagi mengulas kekejaman Israel menyerang Semenenajung Gaza sejak seminggu lepas hingga menyebabkan hampir 500 penduduk Palestin di situ terbunuh.

Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini.

Mengulas mengenai tragedi di Palestin dan sokongan Amerika terhadap Israel, Dr Mahathir berkata seluruh dunia perlu bersatu menyatakan pendirian dan tentangan terhadap pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak daripada terus menyokong Israel walaupun dikutuk oleh semua pihak.

Katanya walaupun kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa, namun rakyat boleh memainkan peranan dengan berkesan khususnya dalam memulaukan semua produk dan barangan Amerika.

"Orang ramai boleh dan mampu bertindak. Tak perlu minum Coca-Cola, dan, kalau kita perlu membeli senjata untuk pasukan keselamatan, kita boleh beli dari Rusia, tak perlu kita beli dari Amerika," katanya.

Dr Mahathir berkata tindakan memulau itu perlu dilakukan secara universal kerana ia tidak akan berkesan sekiranya hanya dilakukan oleh satu pihak sahaja.

"Kita harus berani. Jika semua rakyat Malaysia bersatu, perkara yang sedikit pun mampu memberi kesan yang besar," katanya.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Jenayahkan Perang Kuala Lumpur, bagaimanapun mengakui bahawa impak yang besar akan berlaku sekiranya urusan perniagaan dengan negara itu dihentikan.

"Ada harga yang perlu dibayar jika kita mahu melakukan sesuatu yang baik. Saya berpendapat, jika kita kurangkan penglibatan bersama Amerika mulai sekarang, lama-kelamaan kita akan biasa (tidak bergantung kepada mereka)," katanya.

Dr Mahathir berkata Israel harus dipersalahkan kerana menyerang Gaza manakala Amerika Syarikat dan Britain juga harus dipertanggungjawabkan kerana memberi sokongan padu terhadap rejim tersebut.

"Saya lihat Amerika sudah menerima tempias dari ini. Kedutaan-kedutaan mereka terpaksa dilindungi dengan tembok tinggi dan dawai berduri. Orang ramai membenci Amerika, tapi itu masalah mereka.

"Yang pentingnya sokongan terhadap Israel perlu dihentikan," katanya. BERNAMA