Isnin, 30 Jun 2008

Anwar fail saman keatas Saiful

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap pembantunya kerana membuat laporan polis berhubung tuduhan liwat yang didakwanya berniat jahat dan palsu.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pada 10.30 pagi melalui firma guaman Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low.

Dalam saman berkenaan, Anwar yang juga Ketua Umum PKR, menamakan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai defendan.

Dalam pengindorsan tuntutannya, Anwar mendakwa pada Jumaat lepas (28 Jun 2008), Mohd Saiful Bukhari membuat satu laporan polis mendakwa bahawa dia (Mohd Saiful Bukhari) diliwat oleh Anwar pada 26 Jun.

Anwar menegaskan bahawa defendan telah bertindak dengan niat jahat dan membuat laporan polis itu untuk satu sebab tersembunyi di samping memburukkan dirinya dan merosakkan dirinya dari segi politik.

Plaintif mendakwa bahawa defendan mengetahui laporan polis berkenaan dan dakwaan liwat itu akan menerima liputan media tempatan dan antarabangsa yang luas.

Seterusnya Anwar dalam pernyataan berkenaan mendakwa defendan mengetahui bahawa dakwaan liwat itu adalah palsu namun beliau (defendan) tetap membuat laporan itu.

Dakwanya lagi, Mohd Saiful Bukhari mengetahui yang beliau (Anwar) mempunyai niat untuk bertanding sebagai anggota parlimen pada pilihan raya akan datang.

Anwar yang mendakwa beliau tidak pernah melakukan perbuatan itu dengan defendan, berkata akibat daripada laporan polis berkenaan, reputasinya terjejas dan beliau mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat.

Sehubungan dengan itu, Anwar menuntut ganti rugi bagi proses yang menyusahkan, ganti rugi bagi niat jahat, ganti rugi libel, teruk, teladan dan kos lain yang difikirkan sesuai.
Yang hadir bagi pihak Anwar adalah peguam R.Sivarasa, Ranjit Singh dan William Leong.

Sivarasa yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau akan memfailkan pernyataan tuntutan kes saman itu dalam masa seminggu.

Sementara itu Ranjit berkata pihaknya akan cuba mendapatkan tarikh awal untuk pendengaran saman berkenaan. BERNAMA

Anwar diberi amaran tentang Saiful

Jimadie Shah Othman

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Mohd Saiful mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya" yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."

"Saya juga beri beberapa pautan blog tentang budak (Mohd Saiful) itu. Tidak tahulah sama ada dia baca atau tidak," kata sumber.

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 02Anwar juga didakwa tidak memberikan sebarang respons kepada emel itu.

Malaysiakini difahamkan, malah Anwar pula yang menyarankan sindiran-sindiran terbuka terhadap pembantunya itu ditarik balik apabila wujud tulisan-tulisan blog yang meraguinya – terbaru, arahan itu dikeluarkan kira-kira dua minggu lepas.

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas Yusof, pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.

Foto-foto pemuda itu dengan beberapa menteri seperti Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed turut diedar - ketiga-tiganya menafikan pembabitan dengan kes terbaru Anwar.

Najib juga menafikan penglibatannya dengan kes sensasi ini.

Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.

"Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."

Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.

saiful bukhari azlan images 300608 01Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.

Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.

Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.

Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.

Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful.

"Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas".

"Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan dan pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."

Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.

Ahad, 29 Jun 2008

Saiful Bukhari Azlan




Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar - Nik Aziz

(Harakah) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

"Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.

Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.

Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.

"Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.

"Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.

"Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh," ujar beliau.

Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.

Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.

Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.

"Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak," katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.

"Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini," katanya.
Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati.

Liwat: Usaha terancang sekat kemaraan Pakatan kuasai Putrajaya

Salmah Mat Husain

Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatnya sebagai usaha menyekat kemaraan kerajaan baru yang semakin mara ke Putrajaya.

�Akibat keutuhan kerjasama dan pengaruh Pakatan, pihak lawan menghidupkan semula pertuduhan lapuk dengan harapan sekali lagi Anwar cuba dibuktikan melakukan kesalahan tersebut,� katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum KeADILan terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan segala tuduhan itu.

Husam berkata, pertuduhan pertama pada 1998 yang masih segar di ingatan rakyat sehingga meninggalkan kesan yang besar kepada senario politik negara.

�Betapa ia bukan sekadar hampir meranapkan karier politik Datuk Seri Anwar, bahkan keaiban yang sudah pasti mencemar nama baik dan maruah beliau serta keluarga.

�Secara sedar atau tidak, kezaliman yang terhasil dan implikasi pertuduhan yang melibatkan banyak pihak tentunya memberi kesan yang negatif kepada semua individu yang terbabit,� ujarnya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkeyakinan penuh konspirasi terbaru yang terdesak itu tidak akan berjaya memandangkan rakyat dapat menilai sendiri.

Oleh itu kata beliau jaminan terbaik untuk memastikan keadilan ditegakkan dalam dakwaan itu Islam menetapkan empat saksi perlu dibawa bagi menyokong tuduhan dibuat.

�Penekanan terhadap soal keadilan dan soal memperhalusi setiap pertuduhan boleh membawa mereka yang menuduh diambil tindakan sekiranya tuduhan itu ternyata palsu.

�Peristiwa di mana lima Adun PAS Kelantan diculik pada 1964 seharusnya dijadikan peringatan dan saya pasti sikap rasional semua pihak dapat mengelakkan peristiwa seumpama itu berulang kembali,� ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik berhujah isu itu kemungkinan besar dicetus bagi menenggelamkan banyak konflik membabitkan pemimpin kanan Umno termasuk akuan bersumpah blogers, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa pembabitan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes Altantuya.

Selain itu, perpecahan dalaman Barisan Nasional (BN) di mana Parti Maju Sabah (SAPP) secara jelas menyatakan sudah tidak yakin lagi dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

�Sepatutnya konspirator yang mencetus isu tersebut belajar sejarah kegagalan BN pada pilihan raya umum lalu dan 1999 kerana isu yang hampir sama dicetus hari ini.

�Kesilapan strategi ini akan menyebabkan kerajaan BN semakin cepat tumbang apabila rakyat tidak mampu lagi membendung kebencian mereka,�

Anwar berlindung di Kedutaan Turki

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Naib Presiden Azmin Ali mendedahkan Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.

"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.

Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.

Dalam sidang akhbar sebelumnya, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, usaha terbaru untuk membabitkan Anwar dalam tuduhan liwat ekoran laporan polis oleh bekas sukarelawan parti itu, menunjukkan usaha lebih serius oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup mulutnya.

Katanya, Anwar telah menjadi sasaran bukan sahaja pembunuhan politik tetapi juga menerima ancaman terhadap nyawanya.

"Kami (dalam PKR), dan saya sendiri, telah menerima maklumat bahawa ini adalah satu percubaan bukan sahaja untuk membunuh karier politiknya, tetapi jika boleh, membunuh beliau," kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar di Hotel Quality di Shah Alam.

Katanya, pihak parti telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan Anwar.

Menurut beliau, percubaan tersebut juga mungkin disebabkan oleh kemungkinan berlakunya pertukaran kerajaan seperti yang war-war Anwar sejak kebelakangan ini.

Semalam, pembantu khas Anwar - Saiful Bukhari Azlan, telah membuat laporan polis, mendakwa ketua umum PKR itu telah meliwatnya.

Anwar bagaimanapun menafikannya dan berkata ia adalah satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Kenyataan Anwar

Sementara itu, dalam kenyataannya yang dikeluarkan petang tadi, Anwar berkata beliau telah dibawa ke Kedutaan Turki awal pagi tadi demi keselamatan dirinya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menawarkan bantuan kepadanya dalam masa yang memerlukan ini.

Katanya, beliau juga terhutang budi kepada Duta Turki yang bersedia menyediakan perlindungan untuk dirinya di kedutaan tersebut.

Anwar berkata, sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu, pelbagai sumber-sumber yang layak dipercayai dari dalam kerajaan dan perisikan tentera telah memaklumkan kepadanya bawa ejen-ejen tertentu dari dalam kepimpinan Barisan Nasional telah memulakan plot untuk membawa mudarat kepada dirinya atau keluarganya atau penyokongnya,

Tindakan tersebut, katanya, bertujuan untuk mengekang rakyat dan menamatkan perubahan-perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.

Katanya, walaupun wujud ancaman untuk menutup mulutnya, beliau berhasrat untuk mendedahkan bukti baru, yang menurutnya, membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam perbuatan jenayah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998.

Oleh itu, katanya, dakwaan yang dibuat terhadapnya semalam, adalah tidak lebih daripada ulangan apa yang berlaku pada 1998 apabila beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, dipenjara dan dipukul, dan kemudiannya didakwa dan disabit oleh mahkamah kangaroo bagi jenayah yang tidak pernah dilakukannya.

Beliau mendakwa kepimpunan BN yang korup melakukan semua itu dengan memperalatkan kuasa yang ada termasuk menguasai badan kehakiman, pasukan polis dan media arus perdana.

Tindakan yang sama, tegas Anwar, diulangi sekali lagi hari ini untuk menekan kuasa-kuasa reform dan pembaharuan yang tercetus daripada pilihanraya 8 Mac lalu.

"Saya ingin memberi jaminan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan para penyokong saya di Malaysia bahawa saya selamat dan kekal komited untuk meneruskan perjuangan bagi negara Malaysia yang bebas dan adil," katanya.

Pemuda PAS dan AMK Sabah lancar bantahan kenaikan harga minyak

Nabila Abdullah

KOTA KINABALU, 28 Jun (Hrkh) � Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan (AMK) Sabah melancarkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) bagi memprotes kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali berkata, setakat ini PAS dan AMK Sabah telah melancarkan dua lokasi kempen iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Kian Kok dan sempena Sukaneka Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Pantai Barat pada 21 dan 22 Jun lalu.

Beliau menambah, kempen bantahan kenaikan harga minyak berakhir pada 31 Jun dan masyarakat menerima baik kempen yang dilancarkan dengan menurunkan tandatangan tanpa mempersoal tindak tanduk penganjur.

Reaksi positif dan sokongan masyarakat terhadap kempen yang dilancarkan menambah semangat penganjur untuk berkerja keras mengutip bantahan.

Tambahnya, rata-rata tandatangan yang diturunkan tidak berpuas hati bukan sahaja kerana kenaikan harga minyak dan mendesak kerajaan menurunkan harga bahan bakar tersebut malah, mereka juga tidak berpuas hati dengan pemerintahan Dato Seri Abdullah Ahmad Badwi yang kurang bijak mentadbir negara.

"kita akan pastikan desakan rakyat yang di buat di seluruh negara mampu memberi tekanan kepada PM sama ada menurunkan harga bahan bakar tersebut atau mendesak beliau turun dari pimpinan negara", katanya ketika ditemui di pejabat Pemuda semalam.

Sehingga kini hampir 2,000 orang telah menurunkan tandatangan bantahan tersebut dan di jangkakan seramai 10,000 orang akan mendatanganinya sehingga akhir bulan ini.

Berkait isu minyak, rakyat Sabah juga menyatakan rasa terkilan dengan kerajaan disebabkan oleh pembahagiaan royalti minyak yang tidak adil terhadap negeri ini dan mahu kerajaan menaikkan royalti minyak rakyat Sabah selaku negeri pengeluar minyak, kata Anuar.

"Tidak logik sebuah negeri ( Sabah ) yang kaya dengan hasil bumi, tetapi rakyatnya hidup susah di negeri sendiri".

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Sabah, rakyat Sabah yang belum menurunkan tandatangan protes dapat berkerjasama di setiap kawasan kempen yang dilancarkan

Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Khamis, 26 Jun 2008

Bukti wang S'gor masuk akaun PKR

Fathi Aris Omar & Muda Mohd Noor

Bekas pegawai kanan menteri besar Selangor didakwa menunjukkan resit dan akaun penerimaan wang derma, sepatutnya untuk kerajaan negeri, yang dimasukkan ke akaun PKR sehingga mencetuskan kontroversi dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mohd Yahya Mat Sahri, yang meletakkan jawatannya itu Isnin lepas, dikatakan membuat pendedahan itu dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

"Beliau (Yahya) juga mengakui membawa wakil PAS dalam mesyuarat (tentang akaun tersebut)," kata beberapa pemimpin parti yang turut hadir kepada Malaysiakini.

Wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor, kata sumber-sumber, "dipindahkan kepada akaun PKR negeri kerana Pakatan belum mempunyai akaun tersendiri."

Akaun itu dipercayai wujud sejak kempen pilihanraya umum Mac lalu sebelum parti itu, bersama DAP dan PAS, berjaya merampasnya daripada BN.

Cara PKR mengendalikan wang derma itu dilaporkan dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, khususnya exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang mengetuai jawatankuasa sambutan tersebut.

Menurut menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mengakui wujud pemindahan wang tersebut Isnin lalu, jawatankuasa sambutan itu turut disertai oleh Yahya dan beberapa pegawai kerajaan negeri.

Abdul Khalid, yang juga ketua perhubungan PKR negeri, turut hadir bersama Yahya, yang telah melepaskan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan negeri Isnin lalu.

Dalam mesyuarat semalam, Anwar meminta semua pihak akur pada keputusan menteri besar menggantung tugas Yahya selama dua bulan mulai Isnin.

Beliau juga dikatakan menegur Yahya yang membangkitkan masalah dalaman kerajaan dan isu parti kepada pihak media – bagaimanapun tidak jelas isu sebenarnya yang dibangkitkan

Ketua umum PKR juga dikatakan meminta semua pemimpin parti agar tidak mengetengahkan masalah yang membabitkan parti kepada pihak media.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya mesyuarat malam tadi berjalan dengan baik dan dalam suasana ceria," kata sumber-sumber itu.

Menurut mereka lagi, Yahya telah memohon maaf kepada semua yang hadir berhubung tindakannya mendedahkan isu-isu itu kepada media.

Anwar juga dikatakan meminta menteri besar menggantikan pegawai-pegawai tinggi era pentadbiran BN yang masih mengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Sumber-sumber itu berkata, penggantian itu tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelak rasa kurang senang rakyat Selangor.

Mesyuarat selama dua jam itu bermula selepas jam 9 malam di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Turut hadir di mesyuarat itu, wakil-wakil rakyat PKR negeri, ketua-ketua bahagian dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dari negeri itu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini dilaporkan sedang menyiasat dakwaan pemindahan wang kerajaan itu ke akaun PKR.

Selasa, 24 Jun 2008

Wakil Sabah tinggalkan BN jika...

Muda Mohd Noor

Ahli parlimen BN Sabah akan melompat parti jika kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat negeri itu, kata Datuk Anifah Aman.

Ahli parlimen BN Kimanis menambah, jika kerajaan tidak memberi respons terhadap kehendak dan permintaan rakyat, mereka tidak teragak-agak akan meninggalkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas timbalan menteri persekutuan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan meninggalkan BN pada ketika ini kerana tidak guna berbuat demikian.

"Tetapi kepimpinan perlu respons kepada rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga mengulas mengenai tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) ingin membentangkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri.

Anifah berkata, presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hanya mahukan suara rakyat Sabah didengar oleh kerajaan kerana sebelum ini suara mereka tidak diberikan perhatian.

"Saya tidak fikir Yong berbuat demikian kerana hendakkan jawatan, sebaliknya semata-mata untuk bersuara bagi rakyat Sabah.

"Memberi jawatan kepada Yong tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Sabah. Suaranya itu telah sampai ke peringkat terdesak.

"Tanpa jawatanpun, Yong boleh bercakap kerana beliau merupakan presiden SAPP," katanya.

Anifah mendakwa, beliau mengenali isi hati Yong kerana sama-sama berada dalam kelab Persatuan Pelajar Sabah di London.

Beliau berkata, rakyat Sabah bersuara kerana mahukan kerajaan membantu menyelesaikan masalah di negeri mereka termasuk isu pendatang haram.

Katanya, rakyat Sabah bimbang kerana semakin ramai pendatang haram di negeri itu dan masalah itu sudah berlanjutan puluhan tahun lalu.

Isnin, 23 Jun 2008

Notis usul tidak perlu 14 hari - Prof Dr Aziz Bari

Wartawan Kita

Mungkin ada pemimpin yang paling tidak selesa menunggu detik-detik persidangan kedua Parlimen bakal berlangsung mulai esok.

Resahnya bukan sekadar mandi tak basah, makan tak kenyang, sebaliknya silap hari bulan segalanya yang dipegang selama ini terlepas.

Inilah debaran yang mungkin sedang dihadapi Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad selepas liku-liku politiknya hampir terpadam pada 8 Mac lalu.

Biar pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz memberi jaminan tiada usul tidak percaya terhadap Abdullah pada persidangan yang bermula esok, namun ia tetap ditunggu dengan penuh debaran.

Pakar Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, sejarah membuktikan undi tidak percaya telah membawa kejatuhan tiga ketua kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, usul undi tidak percaya telah berjaya pada 1966 di Sarawak, pada 1976 di Selangor dan tahun 1977 di Kelantan sehingga membawa kepada kejatuhan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Katanya paling akhir berlaku di Kelantan di mana undi tidak percaya telah membawa kepada kejatuhan Datuk Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar sehingga kerajaan Barisan Nasional berkuasa setahun kemudian.

"Biar pun ada pihak yang menolak undi tidak percaya kemugkinan dibawa pada persidangan kali ini, ramai tidak sedar tiga ketua kerajaan pernah jatuh melalui undi tidak percaya yang dibawa ketika itu.

"Oleh itu kenyataan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini seolah-olah mahu menyelamatkan kerajaan yang sudah terkepung dianggap agak terlewat," katanya pada Wacana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Balai Islam, malam tadi.

Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke-12 (2008) Dewan Rakyat bersidang mulai esok sehingga 15 Julai depan, manakala Dewan Negara pula 15 Julai hingga 24 Julai 2008.

Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, sebarang usul perlu melalui Peraturan Mesyuarat yang dibenarkan oleh Speaker.

Rabu lalu, Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadapnya.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun. Mereka mengesahkan akan bertindak mengikut arahan parti.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Dr Abdul Aziz berkata, tidak timbul notis 14 hari dikemukakan sebelum sesuatu usul dibentang pada persidangan parlimen sebagaimana difahami banyak pihak sebelum ini.

Menurutnya ada jalan pintas yang boleh dibuat tanpa melalui notis usul sekiranya ada kekuatan untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.

Lagi pun katanya, dalam banyak keadaan kerajaan jarang mengikut sepenuhnya undang-undang biar pun secara jelas termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau juga berkata, keberkesanan segala janji-janji Pakatan Rakyat hanya dapat ditunaikan sepenuhnya apabila dapat menguasai kerajaan persekutuan.

"Oleh itu peluang yang ada hanya datang sekali. Ahli-ahli politik perlu berani mengambil risiko sekiranya mahu kepemimpinan negara bertukar dalam tempoh yang lebih singkat tanpa perlu menunggu 16 September depan,� ujarnya.

Beliau juga berkata, sembilan negeri yang mempunyai Sultan sudah dijelaskan di sisi undang-undang iaitu ketua kerajaan mesti dilantik dari kalangan orang Melayu biar parti mana sekali pun memperolehi majoriti.

"Kedudukan orang Melayu pada perlembagaan sudah jelas dan ia tidak berubah. Biar pun Ummo jatuh, orang Melayu tetap tidak berubah. Yang jatuh Umno dan bukannya kedudukan orang Melayu," ujarnya.

Anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, hak-hak orang Melayu termasuk bahasa, agama Islam dan keistimewaan lain tetap dipertahankan Pakatan Rakyat.

Menurutnya sudah disepakati dengan jelas pemimpin-pemimpin KeADILan, PAS dan DAP hak-hak keistimewaan orang Melayu tetap dipertahankan.

Ahad, 22 Jun 2008

"PM undur, BN kembali kukuh" Teori Naib Presiden PAS

Oleh HarakahDaily

PARTI-PARTI komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendesak Pengerusinya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri melepaskan jawatannya.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, memberitahu perkara itu perlu bagi memperkukuhkan semula kedudukan BN dan negara selaku parti memerintah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mesyuarat Dewan Tertinggi BN 19 Jun lalu yang berakhir tanpa sebarang keputusan.

Menurutnya lagi, parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional sepatutnya mengambil langkah drastik mempertahankan masa depan kerajaan BN memandangkan pucuk pimpinan yang ada sekarang telah gagal berbuat demikian.

"Untuk tujuan itu, langkah paling mudah adalah meminta Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional mengundurkan diri dengan serta merta.

"Pengunduran Dato' Seri Abdullah akan membolehkan perubahan teraju di dalam Barisan Nasional dan seterusnya perlantikan Perdana Menteri yang baru," ujarnya lagi.

Tambahnya, hanya dengan pertukaran kepimpinan sahaja akan berkemungkinan membantu wujudnya keyakinan terhadap usaha pengukuhan semula BN.

Husam menambah kata, pilihan raya ke-12 yang lalu telah menyaksikan bagaimana parti-parti komponen BN di Semenanjung Malaysia mengalami keputusan yang paling buruk di dalam sejarah gabungan parti itu.

Akibat kejadian itu, jelasnya parti komponen itu telah melakukan post-mortem dan juga mendengar keluhan akar umbinya.

"Hasilnya tidak dapat dinafikan, faktor utama yang menyebabkan prestasi buruk ini adalah berhubung rapat dengan penolakan kepimpinan Dato' Seri Abdullah oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong serta pengundi-pengundi yang sebelum ini setia dengan Barisan Nasional.

"Oleh yang demikian, mekanisme perubahan dalaman boleh untuk sementara waktu meredakan masalah Barisan Nasional dan kekeliruan ahli-ahli parti komponen terhadap masa depan Barisan Nasional," ujarnya lagi.

Sabtu, 21 Jun 2008

Yong nafi ditawar jawatan TPM

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyifatkan sebagai tidak masuk akal dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa beliau mengkritik Perdana Menteri kerana termakan tawaran daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak termimpi pun mahu jadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin kerana saya lantang menyuarakan isu mengenai Sabah maka beliau (Khairy) boleh cakap apa aja.

"Kalau bukan kerana kemenangan cemerlang BN Sabah dan Sarawak...BN sudah jatuh dalam pilihanraya yang lepas. Jadi apa salahnya kita minta perhatian sedikit. Khairy seorang muda. Dia kena banyak belajar (dalam politik)," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Serbaguna Likas, dekat sini hari ini.

Semalam, Khairy berkata beliau difahamkan Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

Yong berkata beliau tidak tamak jawatan dalam kerajaan seperti yang diwar-warkan dalam media, demikian menurut laporan Bernama.

"Saya ditawarkan jawatan senator dan Wakil Khas berkaitan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) tetapi saya tidak terima kerana saya melihatnya sebagai "sogokan politik" supaya tidak terus menyuarakan isu-isu mengenai Sabah," katanya.

Yong juga ditanya sama ada SAPP akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan yang tidak sehaluan dengan ahli Majlis Tertinggi SAPP dalam memutuskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Menurut beliau, parti itu tidak bercadang berbuat demikian.

Siapa Menteri UMNO jumpa Anwar di Singapura?

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEBUAH berita yang masih terbungkus dan menjadi misteri, seorang menteri Kabinet telah menemui Anwar Ibrahim di Singapura beberapa minggu lepas.

Apa yang dibincangkan tidak diketahui tetapi pertemuan antara kedua mereka yang merupakah sahabat baik tentu ada rahsia tersendiri.

Anwar telah pun mendedahkan pertemuan berkenaan tetapi tidak menyebut secara jelas.

Anwar hanya membayangkan seorang menteri Kabinet dan ramai yang mempunyai telahan ianya adalah dari MCA.

Tidak! Menteri yang dikatakan menemui Anwar itu bukan dari MCA tetapi dari Umno.

Seorang ahli korporat yang turut berada di Singapura ketika itu dalam rangka mengajurkan satu sesi temu press (sidang akhbar) Anwar dengan para ahli perdagangan dunia mengesahkan akan pertemuan berkenaan.

"Saya tidak pasti apakah mereka telah membuat temu janji lebih awal, tetapi menteri berkenaan memang menginap di hotel sama dengan Anwar dan saya nampak mereka berlalu dari satu tempat berdua-duaan," kata ahli koprorat berkenaan buila ditanya mengenai hal itu.

Kebetulan ahli koporat berkenaan menghubungi saya lewat petang tadi untuk bertukar fikiran berhubung perkembangan politik di Sabah.

Tambah ahli korporat itu Anwar telah menyebut secara sepintas lalu berhubung peristiwa itu dan sudah pasti akan didedahkan tidak lama lagi.

Bagi ahli korporat berkenaan pertemuan menteri Kabinet berkenaan penuh bermakna dalam keadaan sekarang ini dan ianya men jadi perhatian.

"Saya memang mengenalinya tetapi tidak mahu mengulas mengenai perkara ini. Biarlah sama-sama kita tunggu," katanya lagi sambil turut menolak telahan bahawa seorang menteri Kabinet dari MCA yang berjumpa Anwar itu.

Petra: Isteri Najib di 'lokasi jenayah'



Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin - walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini.

Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin - masih lagi mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib.

"Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan," kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil.

Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk "memfitnah dan mereka-reka cerita".

Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom 'C4' dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Laporan perisikan


Mayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.

Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.

Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut - yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today).

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan."

Dakwaan terbaru

Penulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu.

Raja Petra berkata, beliau membuat akuan bersumpah itu untuk menggesa semua pihak berkenaan tampil bagi mendedahkan maklumat sebenar agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci.

Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.

Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 - ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi - beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis.

Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' - juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu.

Penganalisa politik Abdul Razak Baginda - yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu - dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati.

Jumaat, 20 Jun 2008

‘Yong arah bayar ejen RM5 juta’

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri kepada ejen pilihannya pada 1996, Mahkamah Tinggi diberitahu, semalam.

Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, berkata ketika beliau menjadi Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), beliau berjumpa Yong di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation milik LKTNS.

Wasli berkata, peguam yang mewakilinya William Cheah mencadangkan penubuhan syarikat (Briskmark) untuk dijadikan wadah bagi dana politik dan peguam itu memintanya memberikan taklimat kepada ketua menteri berhubungnya.

“Saya memberikan taklimat kepada Ketua Menteri mengenai perkara itu dan memberitahunya mengenai keuntungan daripada langkah penyenaraian membabitkan saham Sapi dalam PPB Oil Palms,” katanya.

Katanya, selepas perjumpaan pertama itu, beliau bertemu Yong beberapa kali lagi iaitu bukan saja di pejabat tetapi juga di tempat lain di mana bekas Ketua Menteri itu mengarahkannya membayar sebahagian keuntungan penjualan saham itu kepada ejen pilihannya.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria, Wasli berkata Yong akan menghubunginya menerusi telefon bimbit untuk memaklumkan bila bayaran itu akan dibuat, lokasi dan nombor pendaftaran kereta ejen terbabit.

Beliau memberikan keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam, yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi LKTNS untuk kepentingan peribadi dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Sapi kepada Briskmark.

Kasitah, 60, juga didakwa memperdayakan LKTNS dengan menyembunyikan tawaran PPB Oil Palms untuk memperuntukkan lima saham bagi setiap saham Sapi dalam cadangan penyenaraian itu.

Kepada soalan lain, Wasli berkata satu daripada pembayaran kepada ejen Yong dibuat menjelang pilihan raya umum 1999.

Katanya, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka.

Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.

Wasli memberitahu mahkamah yang beliau tidak menerima resit bagi pembayaran kepada ejen Yong atau yang lain.

Kepada soalan lain, katanya, kebanyakan surat itu yang dialamatkan kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap LKTNS iaitu Datuk Joseph Kurup (kini Tan Sri), bekas Ketua Menteri dan LKTNS didraf oleh peguamnya (William Cheah) dan beliau hanya menandatanganinya.

“Pada asasnya beliau (peguam) merancang semuanya dan saya melaksanakannya,” kata Wasli.

Katanya, sebelum penjualan saham itu, peguamnya menasihatkan beliau supaya berjumpa Kasitah yang juga Pengerusi LKTNS dan memaklumkan kepadanya menerusi surat bahawa lapan peratus daripada 40 peratus saham Sapi akan dijual kepada Kasitah.

Wasli berkata, beliau menyerahkan surat itu kepada Kasitah pada 5 Oktober 1996 dan Kasitah hanya menganggukkan kepalanya selepas membaca kandungan surat berkenaan.

Beliau juga memberitahu mahkamah, Kasitah memintanya berjumpa seorang pegawai RHB Bank, Rossana Annizah mengenai penjualan lapan peratus saham itu yang bersamaan dengan 16 juta saham biasa PPB Oil Palms.

Perbicaraan di hadapan Hakim Suraya Othman disambung hari ini. - Bernama

Khamis, 19 Jun 2008

Dilema Najib: Mencabar Abdullah atau menunggu dia berundur

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang berada di persimpangan. Mencabar bosnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau membiarkan pihak lain mencabar dan menerima risiko tidak akan merasa kerusi Presiden Umno dan Perdana Menteri itu.

Sehingga kini, Tengku Razaleigh Hamzah sudah mengesahkan akan mencabar Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember nanti. Yang sedang diusahakan oleh beliau sekarang adalah mencukupkan pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding.

Untuk itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh beliau dan penyokongnya termasuk menawarkan jawatan kanan kepada pemimpin Umno di Sabah.

Najib kekal dengan sikapnya tidak mahu melawan bos, sekurang-kurangnya di mata umum.
Namun, usaha keras sedang dibuat oleh penyokong dan petugas-petugas beliau untuk menekan Abdullah agar berundur menjelang perhimpunan Umno nanti untuk membolehkan Najib memegang jawatan itu secara yang baik.

Yang menjadi dilema beliau adalah bagaimana kalau Abdullah enggan berundur kerana mengikut pelan Abdullah sendiri dia akan berundur selepas 2010 nanti.

“Jika begitu, tetap aka nada orang yang akan mencabar Abdullah. Bagaimana kalau orang itu bukan Najib. Ku Li misalnya dan menang pula kerana peluang untuk menjatuhkan Abdullah dalam suasana sekarang sangat tinggi. Apa nasib Najib selepas itu?” kata satu sumber.

Oleh itu, Najib tidak boleh menolak faktor beliau akan terlepas peluang untuk menjadi presiden Umno jika tidak bertanding kali ini.
Rakan sepasukan Najib kini adalah Tan Sri Muhyidin Yasin yang nampaknya lebih vokal dalam menyampaikan hasrat dan menekan agar Abdullah berundur sebelum Disember ini.

“Muhyidin sudah mengesahkan akan bertanding timbalan presiden. Running mate beliau adalah Rais Yatim yang akan bertanding naib presiden. Jadi, ke mana Najib kalau tidak bertanding presiden. Ini yang Najib tak mahu lakukan. Sebab itu, cara yang diambil Najib adalah memberikan tekanan kepada Abdullah agar berundur dengan baik. Ini yang dinamakan mempercepatkan proses peralihan kuasa,” kata satu sumber Umno kepada Siasah.

Menurut sumber itu juga, pelbagai cara dilakukan Najib untuk menekan Abdullah.

Di Terengganu, orang Najib dikatakan datang dan bekerjasama dengan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) untuk kempen menyerahkan balik royalty minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.

“Ini adalah usaha untuk menekan Abdullah,” kata sumber itu.

Dalam kes kenaikan harga minyak juga ada unsur tekan menekan ini.

“Najib memperlihatkan sokongan kepada pengumuman Abdullah menaikkan harga minyak padahal dia tahu rakyat marah dengannya. Ini pun sebenarnya satu usaha untuk memberikan tekanan kepada Abdullah,” kata seorang wartawan kanan.

Persoalan kewajaran Najib untuk memimpin Umno juga dibangkitkan kerana beliau terpalit dengan pelbagai skandal. Dari Altantuya hinggalah skandal pembelian pelbagai jenis peralatan tentera.

“Walaupun Najib dilihat tidak bersih dan terpalit dengan pelbagai skandal tetapi Umno tidak ada pilihan. Jika tidak mahu Abdullah, Najiblah sahaja pilihannya,” kata wartawan itu lagi kepada Siasah.

Dalam pada itu, Abdullah sendiri dikatakan mula membina pasukan sendiri setelah para penyokong beliau tahu Najib bukanlah pihak yang boleh dipercayai untuk mempertahankan dirinya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan disebut-sebut sebagai ‘running mate’ Abdullah.

“Mohamad Hassan telah umumkan akan bertanding untuk naib presiden. Dan tidak mustahil beliau juga akan dicalonkan untuk timbalan presiden. Nampaknya, mengikut perkiraan Abdullah, Najib akan kekal bersamanya. Tetapi jika apa-apa berlaku, Mohamad Hassan yang akan bertanding timbalan presiden melawan Muhyidin,” kata satu sumber kepada Siasah.

Kenapa Mohamad Hassan?

“Mengikut orang Abdullah, Mohamad Hassan tidak dilihat terlalu ambitious. Lagipun, beliau antara pemimpin yang sedang naik dalam Umno sekarang,” kata sumber itu lagi.

"Amaran buat BN, PM harus letak jawatan" Ku Li

Oleh Bernama

KL: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan perlu peka dengan desakan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak bagi menyelesaikan segala salah faham yang berlaku.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan barisan kepimpinan perlu berdiplomasi dan berunding dengan para pemimpin parti politik dari kedua-dua negeri itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno Bahagian di Wilayah Persekutuan di sini Rabu malam, katanya kerajaan sekarang tidak akan mendapat mandat untuk memerintah tanpa parti komponen dari kedua-dua negeri itu.

Ini kerana kekuatan Umno sekarang adalah disebabkan kejayaan parti komponen dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lepas, katanya ketika diminta mengulas mengenai Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

"Daripada pemahaman saya, jalan terbaik sekarang adalah untuk Perdana Menteri meletak jawatan supaya boleh digantikan dengan calon yang lebih sesuai dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Umno dan BN," katanya.

Beliau juga mendakwa ada bahagian Umno di Semenanjung tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri.

"Mesyuarat tertutup Umno di Glenmarie, Shah Alam baru-baru juga ini masih tidak dapat mencapai keputusan sebulat suara untuk mengekalkan Abdullah dalam jawatan sekarang," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan menarik diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti akhir tahun ini sekiranya ada calon lain menawarkan diri untuk bertanding, katanya beliau tetap dengan pendiriannya itu.

"Saya tetap dengan pendirian saya dan tidak akan berundur, apa yang saya mulakan, saya akan habiskan," katanya.

Sementara itu dalam kenyataan yang difakskan ke Bernama di sini, Tengku Razaleigh berkata beliau mahu yang terbaik untuk Umno dan meletakkan dirinya dalam barisan untuk membawa pembaharuan dalam Umno.

"Jika pucuk pimpinan enggan menerima hakikat sebenar, saya bimbang perkara terburuk akan berlaku kepada parti dan kerajaan ini," kata beliau.

"Tsunami kedua politik tanah air."

Oleh Mstar

MAJLIS Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat tergempar petang ini khusus untuk membincangkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) semalam yang mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri dan mahu menyokong usul tidak percaya ke atas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat berlangsung pukul 2.30 petang di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata partinya tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas ini.

Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Abdullah yang juga Pengerusi BN.


Mesyuarat itu dijadual menentukan nasib SAPP yang petang semalam mengumumkan pendirian tidak percaya ke atas kepimpinan Abdullah dan mahu menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Hingga tengahari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan tidak menerima sebarang usul daripada SAPP terhadap Perdana Menteri.


"Sehingga sekarang belum ada sebarang usul dikemukakan oleh SAPP. Mereka hanya ada tempoh sehingga esok untuk berbuat demikian," katanya ketika dihubungi.

Ini kali pertama dalam sejarah 50 tahun negara sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) - dulu Perikatan - secara terbuka mendakwa ia sudah hilang kepercayaan ke atas Perdana Menteri dan mahu menggerakkan usul undi tidak percaya ataupun sekurang-kurangnya mahu menyokong usul sedemikian.

Dalam pada itu, persoalan yang masih menanti jawapan ialah siapa yang akan membawa usul sedemikian? SAPP ataupun mana-mana anggota Pakatan Rakyat?

SAPP yang ditubuhkan 14 tahun lalu, sebagaimana dijangkakan dari awal - memberontak dengan membuat keputusan 'penting' petang semalam - mengisytiharkan yang ia telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.

BN terdiri daripada 14 buah parti politik.

Pendirian sehingga semalam, SAPP mahu menyokong undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat apabila ia mula bersidang 23 Jun ini selepas berehat lebih tiga minggu.

Segala-galanya dikatakan bermula dengan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu dan pertemuan antara Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Yell dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Macau baru-baru ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mahu agar SAPP disingkirkan daripada BN.

Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak "berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab", beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.

Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat," kata beliau di Shah Alam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui sukar untuk melihat usul sedemikian dibawa Isnin ini dan berjaya, tetapi beliau menyifatkan ia sebagai "tsunami politik kedua tanah air."

Justeru, sejauh mana tsunami ini akan membawa kesan kedua ke atas landskap politik negara ataupun ia bakal menelan SAPP sendiri?

Yang menarik, pendirian SAPP itu dikemukakan sehari selepas Abdullah,. yang berada di Kota Kinabalu Selasa lalu, menegaskan, beliau tidak dimaklumkan ada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan keluar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak "berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab", beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.

Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat," kata beliau di Shah Alam petang tadi.

Menjelaskan alasan SAPP memberontak, Yong memberitahu sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam, dua Ahli Parlimen parti itu iaitu wakil rakyat Sepanggar dan Tawau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

"Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh Ahl iParlimen kami atau anggota Parlimen lain, akan diputuskan mengikut keadaan," kata beliau pada sidang akhbar di Kota Kinabalu.

Tegas Yong, keputusan parti itu adalah untuk memberikan mesej kepada Kerajaan Pusat bahawa SAPP tidak lagi bertolak ansur dengan sikap tidak sensitif mereka terhadap isu di Sabah yang disifatkannya "adalah nyata dan serius."

"BN tiada lagi di Sabah... pada zahirnya ia wujud tetapi pengisiannya tiada.

"Bagaimanapun, kedudukan kami dalam BN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi SAPP pada Jumaat ini," katanya.

Yong, bekas Ketua Menteri Sabah berkata, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui juga membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangani.

Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Eric berkata: "Dalam ketetapan untuk mengukuhkan pelaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri."

"Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri," kata Eric.

Chua pula berkata: "Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Abdullah."

"Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Umno yang lain telah juga mendesak pemimpin mereka berundur.

"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab berkesan, dia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengambil alih," katanya.

Ditanya sama parti itu menjangka akan disingkirkan daripada BN, Yong berkata: "Kami telah membuat pendirian dan kami akan menanggung akibatnya."

Yong berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi terhadap Perdana Menteri, malah pertemuan terakhir dengan Abdullah pada 13 Mei lepas di Kuala Lumpur berlangsung dengan mesra.

"Pada masa itulah saya menyatakan dengan agak jelas supaya saya tidak disalah faham. Saya menyatakannnya tiga kali bahawa walaupun tidak akan berlaku (anggota BN) melompat parti seperti yang dispekulasikan, Perdana Menteri tidak seharusnya mengetepikan kemungkinan perkara ini tidak akan terjadi pada masa depan kerana isuisu yang berlaku adalah nyata, anggota Parlimen ini serius," katanya.

Yong berkata, usul undi tidak percaya itu akan diteruskan meskipun jika parti itu masih dalam BN.

Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata isu itu tidak timbul.

Kini di Dewan Rakyat BN mempunyai 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 82 kerusi.

Umno mempunyai 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (dua), PBB (14), SUPP (enam), SPDP (empat), PRS (enam), Upko (tiga), PBS (tiga), PBRS (satu) dan LDP (satu).

Pada Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.

Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Beliau berkata parti itu tidak ada membincangkan perkara itu dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Desas-desus melompat parti yang ditimbulkan semula oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak seminggu lalu.

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

"Saya sokong tindakan SAPP" Mukhriz

Oleh Bernama

KL: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir secara peribadi menyokong tindakan SAPP mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen Isnin ini.

Bagaimanapun, beliau hanya akan berbuat demikian jika SAPP tidak mempunyai kepentingan yang akan hanya menguntungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Menurut Mukhriz, beliau menyokong tindakan itu kerana mahu peralihan kuasa dilaksanakan dengan segera sebelum Disember ini. Yang penting beliau mahu Datuk Najib Tun Razak yang menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukannya orang lain.

Rabu, 18 Jun 2008

Tahniah SAPP - Anwar

Anwar Ibrahim

TAHNIAH dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.

Saya telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini dengan Dato’ Yong Teck Lee, Presiden dan pimpinan SAPP.

Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah.

Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil.

Kenaikan 100% gaji CEO TNB melampau, tidak berhati perut, kata Mahfuz

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Kenaikan gaji 100 peratus bagi CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu tindakan yang tidak berhati perut pada masa rakyat sedang bergelumbang dengan kenaikan bahan api yang melampau, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Beliau ketika dihubungi berkata, rakyat yang juga pengguna TNB telah menyumbang keuntungan berganda kepada syarikat GLC itu tidak mendapat apa-apa daripada keuntungan sebaliknya terus dibebani dengan pelbagai kenaikan.

"Rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru ini dan pada Julai nanti pula rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, sedangkan CEO mereka mendapat kenaikan gaji sekali ganda di atas beban yang dipikul rakyat.

"Kenaikan gaji CEO itu menyebabkan wujud jurang pendapatan yang terlalu besar antara pegawai GLC dengan pengguna," katanya.

Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional Berhad tidak menggunakan kuasanya sebaliknya hanya menyerahkan keputusan kepada Pengarah Urusannya iaitu Tan Sri Azman Mokhtar.

"Abdullah sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ini tidak boleh serah bulat-bulat kepada Azman untuk tentukan kenaikan atau pertambahan gaji di kalangan CEO GLC termasuklah CEO TNB," katanya.

Apa yang dikesali kata Mahfuz, pengguna TNB yang membayar tarif elektrik walaupun RM10 setiap bulan, sekurang-kurangnya mereka juga penyumbang kepada keuntungan kepada TNB.

Beliau berkata, sepatutnya keuntungan TNB dikongsi bersama dengan pengguna kerana penggunalah TNB mampu berdiri sebagai syarikat gergasi yang mendapat keuntungan berterusan.

Justeru katanya, pengguna sepatutnya dijadikan salah satu pemegang syer TNB dan sudah sampai masanya syarikat itu membuat kaedah untuk memberi pulangan kepada pengguna.

"Jangan hanya pandai memotong bekalan elektrik sahaja apabila pengguna lewat membayar elektrik," katanya.

Semalam, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang "kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil."

"Ini adalah perkara penting. Ia berasaskan prestasi, dorongan insentif dan pembiayaan sendiri," kata Azman selepas menghadiri majlis perasmian bengkel kerja Program Makmal Keusahawanan MIT Sloan Global yang dikelolakan oleh Khazanah.

Menurut sumber dianggarkan CEO TNB mendapat gaji puluhan ribu setiap bulan setaraf dengan syarikat gergasi yang lain dan jika diberi kenaikan 100 peratus gajinya akan mencecah ratusan ribu sebulan.

Biar cawangan calon presiden, kata Mukhriz

Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan setiap cawangan Umno yang bermesyuaratnya Julai ini, mengusulkan senarai pemimpin pilihan mereka di peringkat nasional - dari presiden, timbalan, naib-naib presiden, majlis tertinggi serta kepimpinan tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri.

"Dengan cara ini, seramai 3.5 juta ahli dari akar umbi akan bertanggungjawab memilih pemimpin khususnya presiden dan timbalan presiden, bukan 2,500 perwakilan yang mewakili mereka dan juga rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, bahagian hendaklah menerima calon yang mendapat lebih 50 peratus pencalonan oleh cawangan dan perwakilan perlu akur kepada keputusan yang telah dibuat, demikian menurut laporan Bernama.

"Sebelum ini anggota cawangan hanya hadir dan membuat pencalonan tetapi pada akhirnya perwakilan yang menentukan siapa yang akan jadi pemimpin.

"Kebarangkalian berlaku rasuah adalah besar. Sekiranya cadangan ini diguna pakai, rasuah boleh dielakkan berikutan keputusan telah dibuat pada peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu Mukhriz menghadiri majlis doa selamat sempena 100 hari menjadi ahli Parlimen Jerlun dan merasmikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerlun di Padang Sera, 40 kilometer dari Alor Star malam tadi.

Beliau yang juga anggota Exco Pemuda Umno berkata dengan cara ini juga mesyuarat cawangan akan lebih ceria dan memastikan kehadiran lebih ramai ahli.

Hapuskan sistem kuota

Mukhriz juga mahu sistem kuota yang memberi kelebihan kepada penyandang dihapuskan kerana ia memberikan kelebihan kepada penyandang dan tidak adil kepada tokoh baru yang hendak menonjolkan diri.

Beliau juga berpendapat adalah pelik yang kuasa menghapuskan sistem kuota itu terletak pada Majlis Tertinggi kerana sebenarnya ia memberi kelebihan kepada ahlinya.

Mengenai hasratnya bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, Mukhriz mendakwa beliau mendapat sokongan positif dalam kalangan ahli Pemuda yang kini mencapai 65 peratus.

Beliau yang merupakan anggota Umno Bahagian Kubang Pasu bagaimanapun belum berhasrat bertanding sebarang jawatan peringkat bahagian itu atau berpindah menjadi anggota bahagian Jerlun.

Sebelum itu, Mukhriz menghadiri majlis doa selamat sempena 100 hari menjadi ahli Parlimen Jerlun dan merasmikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerlun di Padang Sera, 40 kilometer dari Alor Star malam
tadi, beliau berkata imej Umno terjejas kerana masih ada persepsi rasuah politik dalam parti.

Cabaran Khairy kepada Anwar: Letak jawatan jika BN terus berkuasa

Oleh Berita Harian

KL: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), jika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa selepas 16 September ini.

Khairy berkata, beliau membuat cabaran itu kerana Anwar mendakwa kononnya BN akan kehilangan kuasa pada tarikh itu berikutan lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya mencabar Anwar meletak jawatan sebagai penasihat PKR jika BN masih berkuasa pada 17 September. Ini kerana beliau gagal menepati janjinya kepada penyokongnya," katanya dalam blog miliknya Rembau.net.

Beliau berkata, kredibiliti Anwar di mata rakyat juga akan hancur selepas 16 September ini kerana dakwaan palsu yang dilakukannya itu.

"Adakah beliau sanggup menerima cabaran saya? Jika beliau begitu yakin bahawa lebih 30 wakil rakyat BN sudah ada dalam tangan, saya rasa cabaran saya tidak menjadi masalah bagi beliau. Saya menunggu jawapannya," katanya.

Sebelum ini, pembangkang yang menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, mendakwa 30 Ahli Parlimen BN, kebanyakannya dari Sabah akan menyertai mereka bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Pusat dengan majoriti mudah.

Malah, Anwar turut mendakwa beberapa pemimpin MCA akan melompat parti untuk bersama mereka tidak lama lagi. Bagaimanapun, segala dakwaan Anwar sehingga kini tidak berlaku dan dinafikan ahli komponen BN.

Khairy menyifatkan usaha Anwar itu sebenarnya adalah strategi untuk menubuhkan 'kerajaan pintu belakang' dan rakyat Malaysia harus sedar bahawa perbuatan itu adalah penghinaan terhadap rakyat.

"Rakyat Malaysia tidak mahu institusi demokrasi diruntuhkan semata-mata kerana kerakusan Anwar yang tidak sabar untuk mencapai impian beliau menjadi Perdana Menteri," katanya.

Khairy berkata, beliau yakin majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menubuhkan kerajaan yang tidak mendapat mandat pengundi.

Katanya, jika kehendak Anwar tercapai, negara akan menjadi bahan ketawa peringkat antarabangsa kerana mempunyai kerajaan yang tidak sah daripada segi moral.

Usul tidak percaya terhadap PM

Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

"Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

>Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

>Kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

>Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

>Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Manakala Majimbun pula dalam kenyataan berkata: "Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskan dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan harga minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini,s aya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri."

DUN Sanglang diisytihar kosong

Mahkamah Tinggi Kangar hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) adalah pilihanraya umum lalu dikosongkan.

Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu.

hashim jasin pas sanglang perlis state seat court 180608Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan bekas calon PAS, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani

Keputusan itu bakal menyaksikan pilihanraya kecil untuk kawasan tersebut.

Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan pemenang DUN Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperolehi 3,384 undi berbanding 3,235 undi yang diperolehi Hashim, yang merupakan penyandang kerusi tersebut sejak dua penggal lalu.

Hashim memfailkan saman asal pada 17 Mac untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah pemenang kerusi DUN tersebut.

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.

Selasa, 17 Jun 2008

Antara : Abdullah dan Najib

Dr. Mahathir Mohamad

1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk betanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais?

14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.

Analisis: Enam 'teori' politik Malaysia

Oleh Mohd Sayuti Omar

KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.

Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.

Teori ini bolehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat.

Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.

Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.

Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.

Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno.

Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.

Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno.

Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas.

Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap.

Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim.

Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orang nombor dua dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu.

Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikap liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno.

Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno.

Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri.

Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat.

Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serit untuk berbaik dengan BN.

Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya.

Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat.

Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah.

Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib.

Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib.

Tindakan Muhyiddin yang mengistyharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas.

Tektik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin.

Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santan pulut binasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin.

Keempat
mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno.

Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak. Dalam usaha ini Ku Li sudah menjelajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah.

Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim.

Kelima ialah mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum.

Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu.

Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib.

Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyiddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.

Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu.

Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebaliknya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Keenam, apakah ada parti komponen BN yang akan meninggalkan komponen itu dalam masa terdekat ini. Khabar angin tersebar luas kononnya ada sebuah parti komponen akan meninggalkan BN.

Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu.

Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik.

Kesimpulan antara teori-teori itu yang manakah akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Sama-samalah kita menunggunya. Boleh jadikan juga keenam-enam itu tidak akan menjadi kenyataan dan hanya asap dan kabus sahaja.

'Minyak naik RM1, potong elaun 5sen'

Jimadie Shah Othman

Selangor tidak akan mengikut jejak kerajaan persekutuan untuk memotong elaun menteri dan wakil rakyat sebagai langkah berjimat-cermat berikutan kenaikan harga petrol.

“Kalau (kerajaan pusat) naik RM1, potong (elaun) 5 sen, maknanya rakyat tidak berapa pandailah. Ataupun kerajaan tidak berapa pandailah,” kata menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 04Beliau menyifatkan pemotongan elaun keraian dan perbelanjaan berhemah sebagai kesan “malu alah” kerajaan pusat kepada rakyat kerana menaikkan harga minyak.

“Sekarang kerajaan naikkan (harga) minyak dan malu alah, (kemudian) baru putuskan agar pegawai dan menteri-menteri potong gaji.

"Potong gaji, sedikit. Habis potong (semua) gaji bagi pada rakyat pun, rakyat kena potong RM7 hingga 8 bilion. Potong gaji semua menteri-menteri itu tidak sampai RM200 juta,” katanya dalam wawancara khas di kediaman rasminya di Shah Alam, Sabtu lalu.

Menurut wakil rakyat Ijok lagi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil kira pelbagai pilihan yang ada sebelum membuat keputusan.

"Itu yang nak kena kita bincangkan betul-betul. Adakah strategi kerajaan sekarang meringankan beban rakyat atau tidak.

"Kalau tidak mengurangkan beban rakyat, adakah strategi itu berkesan atau tidak? Pada saya, pilihan-pilihan yang lain perlu dibincangkan dulu sebelum mengambil keputusan.”

Minggu lalu, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, elaun beliau, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai.

Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Beberapa negeri yang diterjui BN seperti Terengganu, Sarawak, Pahang, Melaka dan Perlis turut menuruti langkah ini.

Sementara di lima negeri Pakatan Rakyat, hanya Kedah sahaja yang mengumumkan pemotongan, sementara Kelantan mengamalkan dasar itu sebelum kenaikan harga minyak.

Bercakap kepada media berbahasa Melayu sempena seratus hari pentadbiran Pakatan di Selangor, Khalid turut menyarankan kerajaan memfokuskan usaha kepada melindungi pendapatan benar rakyat berbanding pendapatan wang sedia ada bagi menjamin kesan kenaikan bahan api itu.

"Pada saya, apakah yang diperlukan oleh rakyat pada masa inflasi? Jawapannya, rakyat mahu pendapatan dia sampai di tahap boleh digunakan? Maknanya, kita mesti kurangkan beban. Dalam inflasi, duit RM100, sekarang dia kena simpan RM110. Itu isunya. Rakyat mahu pendapatan benar.

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 01“Kalau kita meningkatkan pendapatan benar itu dengan memberi subsudi minyak, kita boleh buat kalau kita punya minyak. Tetapi tidak usahlah melampau sampai percuma. Adalah had-had yang kita hendak lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai usahanya meningkatkan ekonomi negeri, menurut Khalid, Selangor merancang menguruskan sumber-sumber aslinya seperti pasir dan tanah dengan lebih berkesan supaya hasilnya dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat.

Sekarang ini, tambahnya, pengurusan pasir kurang menguntungkan negeri itu. Selangor hanya mendapat RM17 juta setahun daripada royalti penjualan sumber itu.

Khalid berkata, jika ia diuruskan sendiri dapat memberikan pendapatan sehingga 10 kali ganda.

“Kalau kita urus dan jual terus, kerajaan boleh dapat RM150 juta. Sekarang ini kerajaan cuma ambil royalti. Jadi lebih baik supaya mendapat manfaat lebih. Ini boleh disalurkan kepada program kebajikan.”

Mengulas pengurusan tanah pula, Selangor akan membatalkan pemberian tanah percuma dengan bayaran premium kepada pengusaha kerana amalan sekarang tidak menguntungkan kerajaan.

Tetapi, menurutnya, mereka yang menetap di kawasan itu dalam tempoh yang panjang akan dipertimbangkan.

“Kerajaan Selangor bersimpati kepada mereka yang duduk di tanah itu selama 30 tahun dan dijanjikan (oleh kerajaan sebelumnya), itu kerajaan (sekarang akan) beri. Tetapi kerajaan Selangor tidak bagi kepada pengusaha. Dia pergi cari tengok tanah mana kosong, jumpa kita kata, berilah saya tanah ini sebab saya akan usahakan.

“Tetapi kerajaan bukan jual pada dia. Bagi saja. Bagi premium. Premium hanya sepuluh peratus pada nilai itu. Bagi saya, jawapannya buat apa bagi premium. Kalau betul-betul nak jual, jual saja. Dan keuntungan itu bagi balik pada rakyat Selangor,” katanya.

Dr Denison: Kadar kemiskinan M'sia 30%

Siti Nurul Zahra Hamdan

Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan, kata Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria.

Beliau yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, ini kerana kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat.

denison jayasooriaKatanya, kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambilkira taraf hidup isi rumah.

Dr Denison berkata, kalau semua itu diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup.

"Pada pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin dinegara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan bukannya hanya 5.7peratus (seperti yang diumumkan kerajaan)," katanya.

Beliau berkata, cara pengiraan untuk mengukur garis kemiskinan yang digunakan sekarang hanya mengambil kira keperluan asas sahaja dan ia tidak mengambarkan keadaan sebenar.

"Seharusnya, ia perlu mengikut kaedah ukuran PGK seperti apa yang diamalkan di negara-negara maju, seperti Sweden dan Singapura," katanya, sambil menambah, kaedah yang digunakan di Malaysia sekarang tidak lagi bersesuaian, dengan kedudukan negara ini yang semakin membangun.

Kiraan tidak tepat

Dr Denison berkata, cara pengiraan yang diamalkan oleh negara-negara maju adalah purata pendapatan isi rumah dibahagi dua, bagi menentukan garis kemiskinan.

Misalnya, kini purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686. Menurut Dr Denison, ini bermakna, garis kemiskinan ialah separuh daripadanya, iaitu RM1,843.

Bagaimanapun, berdasrkan pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula, jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini bagi keluarga seramai lima anggota.

Dr Denison mahu kaedah pengiraan garis kemiskinan itu mengambilkira kualiti hidup rakyat kerana kaedah yang digunakan sekarang tidak mengambarkan taraf hidup isi rumah.

"Konsep pengiraan garis kemiskinan perlulah mengambil kira kualiti hidup sesebuah keluarga dengan melihat sama ada mereka mempunyai peti sejuk, televisyen, komputer dan sebagainya. Bukan semata-mata melihat kepada keperluan asas sahaja.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jayakumar juga bersetuju supaya kaedah pengiraan garis kemiskinan, bukan lagi hanya berpandukan kepada keperluan asas semata-mata.

"Keadaan ini tidak realistik di mana garis kemiskinan hanyalah berjumlah RM691 untuk keluarga yang mempunyai lima anggota. Ini kerana jika kita lihat kos hidup di bandar-bandar kini tinggi, maka kadar ini tidaklah bersesuaian.

Menurutnya, kaedah pengiraan yang digunakan tidak mencerminkan keadaan sebenar berikutan bantuan yang disediakan kerajaan tidak dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan kerana kadar kemiskinan yang rendah.

Isnin, 16 Jun 2008

Nik Aziz setuju empat pemimpin Melayu duduk semeja

Oleh Bernama

KB: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan persetujuannya untuk duduk semeja dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dicadangkan oleh Mufti Perlis bagi meleraikan kekusutan membabitkan umat Islam dan orang Melayu.

"Lama dah kita (PAS) minta nak diadakan pertemuan seperti ini tetapi Umno yang tidak mahu.

"Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Peletakan Batu Asas Asrama Kedua Maahad Muhammadi (Lelaki) dan Pelancaran Kelab Tabung Haji (TaHa) peringkat negeri Kelantan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesyorkan empat pemimpin utama Melayu itu duduk semeja bagi membincangkan kepentingan umat Islam yang kedudukannya semakin meruncing.

Mengulas isu itu, Nik Aziz berkata senario sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk diadakan pertemuan penting sebegitu kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Sekarang Melayu sama Melayu dah bertengkar tetapi keikhlasan sebenarnya ada dalam PAS dan bukannya dalam Umno selagi dia pegang kepada (konsep) nasionalis," katanya.

Anwar cabar pemecatan sebagai TPM

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kesahihan, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panel tiga anggota yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.

Menurut laporan Bernama, berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang — sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan:

Pertama, sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyai hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; dan,

Kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Janji peralihan kuasa bukan jaminan untuk Najib

Hakikat sebenarnya harus diakui orang-orang Umno, bahawa, Abdullah sekarang ini, berada dalam keadaan yang amat tidak selesa berbanding empat tahun dahulu, ketika mula mengambil alih kuasa.

Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH

Walaupun semakin kerap Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi akan menyerahkan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau semakin tidak dipercayai rakyat.

Kepercayaan terhadap PM goyah akibat sikap dolak dalik kerajaan, dalam banyak perkara yang membabitkan isu-isu utama, antaranya, mengenai pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, pembubaran Parlimen, kenaikan harga minyak dan lain-lain.

Sehingga wujud persepsi di kalangan rakyat, "apa yang PM cakap betul sebenarnya tidak betul dan apa yang dinafikan PM, sebenarnya betul."

Persepsi ini wujud dengan ketara, jelas menggambarkan ketidakselesaan kebanyakan rakyat terhadap pemerintahan Abdullah, Umno dan BN.

Pergilah ke mana-mana sahaja hari ini, kedengaran rakyat bercakap tentang kelemahan Abdullah. Bukan dalam soal kenaikan minyak sahaja, sama ada Abdullah sedar atau tidak, krisis kepercayaan ini sudah menjadi semakin serius.

Krisis ini secara jelasnya, boleh menjejaskan masa depan Umno dan BN.

Hakikat sebenarnya harus diakui orang-orang Umno, bahawa, Abdullah sekarang ini, berada dalam keadaan yang amat tidak selesa berbanding empat tahun dahulu, ketika mula mengambil alih kuasa.

Selaku PM dan Presiden Umno, Abdullah dipersalahkan dan harus bertanggungjawab ke atas prestasi paling buruk Barisan Nasional dan Umno sepanjang ia berkuasa sejak 50 tahun dahulu.

Enggan meletakkan jawatan

Selepas Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac lepas, Abdullah menerima kritikan yang amat teruk, khususnya dari kalangan orang-orang Umno, mendesak beliau meletakkan jawatan.

Namun Abdullah tetap bertegas dan mengulangi pendirian untuk terus kekal sebagai PM dan Presiden Umno, sekalipun mengakui akan melepaskan jawatan pada waktu yang sesuai.

Isu ini lenyap seketika, apabila timbul pandangan dari kalangan pihak tertentu dalam Umno, yang seolah-olahnya mahu, Abdullah diberi peluang memperbaiki 'labu yang sudah rosak' itu.

Kini isu peralihan kuasa dibangkitkan semula. Kemungkinan besar ia timbul hasil daripada sesi brainstorming Majlis Tertinggi Umno yang diadakan selama dua hari baru-baru ini.

Motif utama diadakan program yang dinamakan 'retreat MT' tersebut, mungkin untuk mereka untuk memulihkan parti, selepas BN hampir dalam PRU lepas.

Menjadi kelaziman bagi mana-mana organisasi yang menghadapi masalah dalaman yang teruk seperti Umno, melakukan proses 're-engineering' atau 'reform' untuk mendapatkan semula sokongan rakyat.

Dalam brainstorming tersebut, ada yang mengatakan beberapa orang pemimpin Umno menggesa Abdullah segera meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Najib.

Namun setakat ini, walaupun Abdullah sudah membuat kenyataan, akan menyerahkan kepimpinan kepada Najib, tidak pula diinyatakan bilakah masanya beliau akan berbuat sedemikian.

Walaupun didesak banyak pihak, menggesa Abdullah supaya berundur kerana dipersalahkan akibat prestasi buruk BN, beliau tetap enggan meletakkan jawatan.

Abdullah masih ada banyak kerja

Jawapan 'standard' yang diberikan tiap kali diajukan persoalan itu, Abdullah akan berkata, beliau tidak perlu meletakkan jawatan kerana ada banyak kerja yang hendak dilakukan.

Agak-agaknya bila kerja-kerja sebagai PM hendak habis pun tidak diketahui. Abdullah sebenarnya mahu memberitahu Umno, apabila mendapat semula mandat tipis dalam PRU lepas, beliau berhasrat untuk terus berkuasa sehingga 2013.

Bukan setakat untuk kekal sebagai PM, Abdullah juga mahu mengekalkan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember depan.

Justeru, untuk Najib, jika pun ada peluang untuknya menyandang jawatan Presiden Umno atau PM, beliau terpaksa menunggu sehingga PRU akan datang.

Ada yang mengatakan, Abdullah mahu menyerahkan kuasa kepada Najib, sebagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada beliau pada November 2003.

Iaitu menyerahkan kuasa beberapa bulan sebelum PRU ke 13, kemudiannya BN menjangka akan mendapat mandat selesa dengan PM yang baru. Mungkin juga jangkaan BN akan meleset kali ini.

Tetapi apa pun orang-orang Umno mengatakan, sekurang-kurangnya Mahathir memberi ruang untuk pelan peralihan kuasa selama 14 bulan. Abdullah tidak langsung memberitahu bila.

Malah dikatakan, majoriti orang-orang Umno mahu Abdullah melepaskan jawatan, sebelum Perhimpunan Agung Umno Disember ini, tetapi desakan itu ditolaknya mentah-mentah.

Semua fenomena ini mencetuskan satu persepi bahawa, sama ada Abdullah tidak fahami signal dari rakyat, khususnya dari kalangan Umno sendiri, atau pun dia mahu 'revenge' terhadap penentang-penentangnya.

Kumpulan Abdullah tidak akan berdiam diri

Di sebalik tekanan dan kritikan terhadapnya, sudah tentu Abdullah tidak akan berdiam diri.

Juga kroni-kroni dan penyokong-penyokongnya dalam Umno, sudah tentu mereka akan cuba mempertahankannya. Kumpulan ini dikatakan sudah bergerak ke seluruh negara.

Sudah tentu anak menantu dan kroni yang ditempelak hebat orang-orang Umno seperti Kamaludin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Kamal Khalid, Kalimullah Hassan serta lain-lain tidak akan berdiam diri.

Mereka dikatakan sedang menyusun strategi untuk memenangi semula sokongan akar umbi Umno kepada Abdullah pada pemilihan cawangan yang bermula Julai ini.

Mereka dikhabarkan sedang menyusun 'line-up' untuk menguasai Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita.

Namun, usaha pertama untuk bertapak di dalam pemuda dengan membawa bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohamed Ezam Mohd Noor dikatakan menemui jalan buntu.

Khabarnya ramai kalangan anggota MT, khususnya seperti Muhyiddin Yassin, Rafidah Aziz, Hishamuddin Hussein tidak menerima kemasukan Ezam yang 'dibawa' Khairy ke dalam Umno.

Malah dalam 'retreat MT' juga dikatakan, ramai yang lantang menentang kemasukan Ezam dalam Umno. Soal apa hendak jadi kepada Ezam sekarang, itu cerita kemudian.

Apa pun kumpulan penyokong Abdullah masih ada banyak 'option'. Perjuangan untuk menguasai Pemuda masih berjalan. Mereka harus menguasai Wanita, menyusun anggota MT dan menguasai kerusi Naib Presiden.

Justeru, janji peralihan kuasa kepada Najib belum lagi pasti. Jika puak-puak Abdullah berjaya menguasai Umno, sekaligus mengetepikan penyokong Najib dalam MT, bukan Najib, malah lain yang mungkin akan menggantikan Abdullah.
Walaupun Najib berkali-kali menyatakan tidak akan melawan Abdullah, dan Abdullah berjanji akan menyerahkan kuasa kepadanya, dalam politik, tidak ada yang pasti, tidak ada yang boleh dijamin.