Rabu, 30 April 2008

HANYA SEORANG WAKIL PEMBANGKANG ANGKAT SUMPAH ADUN SABAH

keruak
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mendahului upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi penggal yang ke-13 di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin, di sini kelmarin.

Upacara tersebut diikuti oleh tiga lagi Timbalan Ketua Menteri, iaitu Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah serta menteri-menteri Kabinet dan pembantu menteri.

Sementara bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang juga ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail memulakan mengangkat sumpah mendahului giliran ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain sebelum diakhiri oleh satu-satunya wakil pembangkang, Jimmy Wong Sze Phin.

Sze Phin yang diberikan tempat duduk di barisan paling belakang ADUN BN menang di kawasan DUN Sri Tanjong, Tawau atas tiket DAP pada pilihan raya lalu.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, pada persidangan kali ini, kerajaan negeri akan membentang tiga rang undang-undang iaitu Perlembagaan Negeri Sabah Pindaan 2008, Rang Undang-Undang Warisan Budaya dan Pemuliharaan serta Anggaran Perbekalan Pertama 2008.

Ditanya mengenai kehadiran satu-satunya wakil pembangkang, beliau berkata, apa yang diminta ialah wakil tersebut dapat menjadi pembangkang yang bertanggungjawab.

"Kita minta dia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak ada masalah bagi kita kehadiran pembangkang kali ini,'' katanya.

Beliau turut menolak kemungkinan akan menggunakan peruntukan Undang-Undang Negeri yang membolehkan enam ADUN dilantik termasuk bagi membolehkan persidangan Dewan turut disertai oleh wakil-wakil di kalangan pertubuhan bukan kerajaan.

Katanya, pada masa ini dengan jumlah 60 ADUN termasuk seorang wakil pembangkang adalah mencukupi bagi menyuarakan masalah rakyat di Sabah.

Selasa, 29 April 2008

Tsunami politik di Semenanjung tidak mustahil boleh berlaku di Sabah sekiranya BN gagal memenuhi aspirasi rakyat.:Musa

28th April, 2008

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan pusat sudah memberi jaminan untuk meneliti secara serius setiap permasalahan dan tuntutan perubahan yang dikemukakan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah dalam pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 7 April lepas.

Katanya pelbagai isu berkaitan kepentingan Sabah yang dikemukakan itu dibangkitkan Perdana Menteri dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini.

“Lebih banyak perbincangan dan tindakan susulan kami akan buat dari semasa ke semasa. Kami juga telah meminta wakil kami khususya menteri-menteri Perseku-tuan (dari Sabah) supaya membuat tindakan susulan terhadap apa juga perkara yang diutarakan pemimpin BN Sabah. “Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perdana Menteri akan sentiasa memberi perhatian sewajarnya terhadap permohonan kami itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Maju Sabah (SAPP) ke-13 di sini kelmarin.

Musa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee yang beliau belum melihat apa-apa hasil atau perkembangan daripada perjumpaan pemimpin BN Sabah dengan Perdana Menteri pada 7 April lalu.

Musa berkata Perdana Menteri sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan agensi-agensi berkaitan untuk meneliti perkara yang dibangkitkan BN Sabah termasuk kedudukan Jabatan Pembangunan Sabah (JPPS) serta perubahan lain yang dituntut. “Sudah tentu perubahan ini tidak akan berlaku dalam tempoh sekelip mata. Ia mungkin mengambil masa. Apa yang penting di sini ialah Perdana Menteri sudah mengambil perhatian dan serius dengan perkara berkenaan,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan telah mengambil tindakan serta merta dengan mengarahkan pembinaan pusat tahanan sementara tambahan di Sandakan dan Tawau bagi mengatasi masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa mengingatkan pemimpin dan anggota komponen BN supaya melipat gandakan usaha bagi menjadikan BN terus relevan dan satu-satunya wadah perjuangan yang terbaik untuk rakyat.

Katanya BN tidak seharusnya mudah selesa dan berpuas hati dengan pencapaian sekarang kerana tsunami politik di Semenanjung tidak mustahil boleh berlaku di Sabah sekiranya BN gagal memenuhi aspirasi rakyat.

Musa juga menggesa parti-parti komponen BN supaya terus berpegang kepada konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN selama ini yang menjadi pemangkin kepada perpaduan bangsa dan kemajuan negara.

Katanya sebarang perbezaan pendapat dalam kalangan parti komponen seharusnya diselesaikan melalui saluran sewajarnya.

Isnin, 28 April 2008

Muhyiddin: Tidak perlu maaf isu keris

Tidak perlu memohon maaf isu menjulang dan mencium keris oleh ketua Pemuda Umno, yang dianggap kontroversi dan salah satu punca kekalahan teruk BN, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Niat Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) amat baik iaitu untuk berjuang demi bangsa dan negara dan saya faham ia bukan mahu menakut-nakutkan orang bukan Melayu.

"Tetapi pembangkang memutar-belitkan kenyataan itu untuk tujuan tertentu," katanya di Pagoh, Johor hari ini, mengulas permohonan maaf ketua Pemuda Umno, yang juga ketua Pemuda BN, kepada masyarakat bukan Melayu selepas mesyuarat pergerakan itu semalam.

"Pada saya, tak perlu bagi Datuk Hishammuddin meminta maaf."

Sementara itu, lapor Bernama lagi, timbalan presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata permohonan maaf Hishammuddin "tidak akan menjejaskan maruah orang Melayu kerana keris merupakan simbol semata-mata".

Sebaliknya, beliau berkata maruah Melayu hanya akan terus terbela jika mereka berjaya dalam bidang strategik untuk terus bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

"Saya harap, isu ini tidak berbangkit lagilah, Datuk Seri Hishammuddin telah buat sesuatu yang sangat prihatin dan mulia, maknanya dia sanggup meminta minta maaf walaupun ada pihak mengatakan memang bukan niat dia hendak isytihar perang ataupun disabitkan sebarang tindakan yang bersifat perkauman," beliau dipetik sebagai berkata di Pekan hari ini.

Mengulas kenyataan ketua Pemuda itu semalam, Najib menambah: "Keris ini satu senjata dalam konteks kebudayaan kita (Melayu), tidak lebih daripada itu... tapi ada pihak yang mainkan isu ini.

"Jadi langkah yang dibuat Datuk Seri Hishammuddin ini (memohon maaf) saya harap akan diterima sebagai sesuatu yang positif, ikhlas dan mulia, supaya isu ini tidak berbangkit lagi."

Raja Petra vs Media Perdana







Ahli 'ajar' pemimpin Umno dalam p'raya

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ramai pemimpin Umno menemuinya selepas pilihanraya umum lalu dan mengatakan presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut berundur.

"Tetapi apabila tibanya mesyuarat Majlis Tertinggi, tiada siapa pun yang berani membangkitkan isu ini kerana takut dituduh tidak menghormati presiden dan parti.

mahathir hulu langat 120408 press conference"Jadi presiden tidak akan mendapat maklumat yang sebenarnya, tetapi hanya yang sedap didengar telinganya (presiden)," tulisnya dalam kolum - 'Che D.E.T Menulis - keluaran terbaru tabloid politik - Era Baru.

Sehubungan itu Dr Mahathir mengulangi cadangannya supaya ditubuhkan majis penasihat presiden.

Sebelum ini, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dilaporkan menolak cadangan tersebut dengan alasan Umno sudah ada biro politik dan jawatankuasa pengurusan parti yang masing-masing dipengerusikan oleh Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tengku Adnan juga dilaporkan berkata beliau juga tidak faham dengan cadangan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, Dr Marathir berkata, jika tidak faham kenapa tergesa-gesa menolaknya.

‘Kerana takut'

"Apakah ahli biasa Umno tidak layak lagi untuk memberi apa-apa pandangan?

"Adakah yang layak dan pandai hanya presiden, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung dan ahli majlis tertinggi sahaja?" soal Dr Mahathir.

Katanya, inilah masalah Umno dan kepimpinan parti yang ada sekarang di mana pemimpin dan ahli tidak lagi boleh menyuarakan apa-apa pendapat melainkan sokongan terhadap presiden parti.

"Sesiapa yang menyuarakan pendapat yang berlainan, atau membantah apa-apa keputusan, maka dia akan diherdik dan dicerca seluruh barisan kepimpinan Umno di dalam media massa, dihadap ke jawatankuasa disiplin," katanya.

Kerana takut, tambahnya, tidak ada mana-mana ahli pun yang bersuara.

"Tidak ada ahli yang menegur walaupun mereka sedar kepimpinan parti sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal Umno.

"Ahli yang tidak puashati berdiam diri dan protes secara senyap.

‘Ajar pemimpin'

"Pada pilihanraya baru-baru ini, ahli Umno yang tidak puashati, tidak bersuara. Sebaliknya apabila mengundi, mereka undi parti lawan kerana protes dan hendak 'ajar' kepimpinan parti," kata Dr Mahathir.

Katanya mereka berbuat demikian kerana hendak tunjuk yang mereka sudah benci dengan kepimpinan Umno.

Akibatnya, kata beliau, Umno dan Barisan Nasional (BN) jatuh di empat negeri, tidak berupaya menawan Kelantan dan 'rebah' di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Walaupun menang di Perlis dan Terengganu, kepimpinan Umno, khususnya presiden parti ditolak Raja-Raja Melayu di kedua-dua negeri ini apabila istana dengan cara terbuka menolak calon menteri besar cadangan perdana menteri.

"Di Johor, usaha usaha (untuk) tukar menteri besar ditolak istana awal-awal lagi sebelum pun diadakan pilihanraya.

"Umno, khususnya presiden Umno ditolak oleh oleh ahli Umno, rakyat biasa serta Raja-Raja Melayu," tambahnya.

Mengenai majlis penasihat itu, Dr Mahathir berkata, ia perlu kerana ahli parti tidak boleh percaya kepada satu individu sahaja, dengan memberi kuasa yang begitu besar kepada individu tersebut.

‘Semak dan imbang'

Pada dasarnya, jelas beliau, ia bertujuan bertindak sebagai badan yang diberi kuasa bermusyawarah dan meluluskan keputusan yang diambil presiden.

"Ini bagi mengelak salahguna kuasa oleh individu yang berkepentingan. Walaupun kita sudah ada majlis tertinggi dan pelbagai biro, tetapi anggotanya terdiri daripada orang yang dilantik di kalangan yang berjawatan dalam parti.

"Sudah tentu mereka tidak berani menegur. Oleh itu, majlis pensihat ini mungkin boleh dianggotai golongan profesional dan ahli Umno yang berwibawa tetapi bukan dari kalangan mereka yang dilantik oleh bahagian supaya ia dapat berfungsi secara bebas," tambahnya.

Dr Mahathir berkata,mungkin juga pindaan perlembagaan Umno diperlukan untuk mengikat keputusan presiden parti kepada majlis penasihat agar terdapat ‘semak dan imbang' dalam urusan pentadbiran.

Dengan itu, katanya, presiden tidak boleh melakukan pelbagai perkara dengan sewenang-wenangnya.

Ahad, 27 April 2008

TYT RASMI REGATTA LEPA-LEPA SEMPORNA



keruak

SEMPORNA: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmadshah Abdullah, melancarkan Regatta Lepa-Lepa Semporna di padang pekan ini, malam Sabtu lepas.

Turut hadir di majlis itu ialah isteri TYT, Toh Puan Hajah Dayang Masuyah Awang Japar, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin serta Menteri Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal.

Hadir sama Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran,

PELANTIKAN SATU AMANAH, KATA LAJIM

keruak

BEAUFORT: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata pelantikan serta kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dalam Kabinet beliau sebagai satu amanah

Sambil melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Abdullah,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman yang mencalonkan nama beliau, Lajim berkata meskipun buat pertama kali beliau berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan beliau akan mempergunakan pengalaman selama lebih 20 tahun berkhidmat dengan kerajaan negeri sebelum ini.

"Di samping membantu Menteri di kementerian berkenaan adalah menjadi kewajipan saya memastikan dasar dan program kementerian mencapai matlamat dan sasarannya khususnya dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) khususnya di Sabah mencapai matlamatnya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Kaamatan peringkat Zon Batu 60 di Dewan Masyarakat kampung berkenaan petang kelmarin.

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata demikian ketika diminta mengulas isu perlantikan misi dan visi beliau dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. "Bukan sahaja dasar dan program kerajaan perlu diberikan perhatian, namun berada di dalam barisan kepimpinan Kabinet ini merupakan peluang terbaik bagi saya membantu kepimpinan negara memperkukuhkan parti yang menjadi teras kerajaan yang memerintah," katanya.

SHAFIE APDAL PENASIHAT USBO



KOTA KINABALU: Mernteri Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai Penasihat Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) bagi penggal 2008-2010 sempena mesyuarat agung tahunan ke-20 USBO di sini hari ini.

Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said, yang menerajui semula USBO sejak 2006 sekali lagi dipilih semula mengekalkan jawatan sebagai Presiden pada penggal kali ini.

Speaker baru Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang sebelum ini memegang jawatan Setiausaha Agung dipilih sebagai Timbalan Presiden I, manakala bekas Bendahari Agung, Datuk Amirkahar Tun Mustapha sebagai Timbalan Presiden II.

Timbalan Presiden III, Chendramata Sinteh, mengekalkan jawatannya.

Mesyuarat agung ini adalah yang ke-20 bagi USBO yang sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) sebelum ditukar nama kepada USBO pada tahun 2006. Mesyuarat diadakan di Hotel Celyn, City Mall, di sini.

Berucap pada mesyuarat itu, Salleh berkata pelantikan Shafie akan membantu usaha untuk menyatupadukan rumpun Bajau di seluruh Sabah dan juga memperkukuhkan USBO sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO).

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh masyarakat rumpun Bajau supaya terus bersatu padu dan meningkatkan kerjasama dalam menghadapi pelbagai cabaran mengharungi proses pembangunan negara.

"Kita perlu bersatu dan bekerjasama untuk menjadi peserta program pembangunan demi mencapai kemajuan," katanya.

Dalam hal ini, beliau menyeru masyarakat rumpun Bajau supaya senantiasa bekerjama dengan kaum-kaum lain untuk membangun negara dan jangan sama-sekali mengamalkan semangat perkauman sempit.

"Kita perlu membantu usaha untuk mengeratkan hubungan siratulrahim antara kaum," katanya.

YAHYA HUSSIN LAWAT KO-NELAYAN

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mengadakan lawatan kerja ke Ko-Nelayan di Wisma Pertanian Sabah , baru-baru ini.

Ko-Nelayan merupakan salah sebuah badan berkanun dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah diberi taklimat mengenai operasi dan program yang dilaksanakan oleh Ko-Nelayan oleh Pengurus Besarnya, Haji Masood Haji Salleh. Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Bobbey Suan dan Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Setiausaha Politik, Haji Mahlan Haji Zinin.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Jasa Haji Raudah, timbalannya, Encik Mohd.Samlih Juaisin dan Ahli Lembaga Pengarah, Encik Mijul Haji Unaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi.

Yahya dalam amanatnya di majlis itu mahu Ko-Nelayan meningkatkan prestasinya agar ia menjadi organisasi korporat yang progresif dan kompetitif dalam industri perikanan.

Katanya, Ko-Nelayan perlu terus memainkan peranan secara berkesan dalam memperbaiki kedudukan sosial-ekonomi masyarakat nelayan di Sabah .

Menurutnya, cabaran utama yang dihadapi oleh Ko-Nelayan ialah menjadi badan berkanun kerajaan yang mampu berdikari sendiri tanpa bergantung kepada peruntukkan kerajaan.

Yahya juga mahu Ko-Nelayan memberi tumpuan terhadap program dan projek pembangunannya demi kepentingan kaum nelayan dan pengusaha-pengusaha perikanan di Sabah .

"KETUA PEMUDA UMNO" siapa sepatutnya?

MohdRafi@Eman Jr.

APABILA Hishamuddin Tun Hussien berlapang dada mengumumkan tidak lagi mempertahankan kerusi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan membiarkan gelanggang terbuka untuk ditandingi oleh sesiapa sahaja yang berminat, maka muncullah beberapa nama menawarkan diri untuk merebut jawatan tersebut.

Meskipun masalah UMNO belum lagi selesai sepenuhnya dan kedudukan kerajaan yang ada hari ini belum terjamin kelangsungannya penguasaannya, kalangan pemuda UMNO mula berkira-kira untuk menjawat jawatan tersebut dan membiarkan pimpinan UMNO lain merangka pelan dan strategi memulihkan UMNO.

Anak-anak muda yang ghairah mahu mengejar kuasa dan kedudukan terus lena dengan impian dan tanpa merasa bersalah kepada UMNO mengenepikan peranan sebenar yang harus dimainkan bersama pucuk pimpinan parti tetapi ada daripada kalangan mereka terus `menembak’ UMNO daripada dalam dan menambah parah pada luka yag sedia ada. Mungkin tembakan mereka ini bakal memarahkan lagi luka UMNO akibat perang PRU-12.

Nama-nama seperti Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan juga Khairy Jamaluddin adalah antara pimpinan muda yang begitu bercita-cita besar untuk mengambil alih kepimpinan Pemuda UMNO selepas Hishamuddin.

Hanya Khairy yang masih mencongak masa depannya dalam gerakan Pemuda UMNO, Mukhriz dan Khir Toyo telah pun secara terbuka menyatakan kesediaan mereka untuk memimpin gerakan tersebut dengan memberikan berbagai-bagai alasan kenapa mereka harus dipilih untuk jawatan tersebut.

Namun mampukah Pemuda UMNO berharap kepada Mukhriz untuk mengembalikan kekuatan serta pengaruh Pemuda UMNO untuk menjadikan gerakan ini terus relevan sedangkan keberanian ataupun kekuatan Mukhriz masih lagi dibayangi oleh bapanya.

Mukhriz dilihat hanya berani menghentam kepimpinan Pak Lah, mengulangi sejarah lama bapanya yang menghantar surat secara terbuka kepada Perdana Menteri sedangkan dalam masa yang sama, tidak berani mengkritik kepimpinan bapanya sebelum ini yang dilihat menjadi punca kepada segala masalah yang ditanggung UMNO hari ini. Jika Mukhriz seorang yang berani, beliau sepatutnya lebih berani untuk mengkritik kesilapan beberapa method kepimpinan Tun Mahathir sebelum ini.

Mengharapkan Mukhriz dalam keadaan beliau yang sentiasa mencetuskan kontraversi serta retorika politik dan pendekatan beliau yang terlalu berhemah ataupun berhati-hati pada segala tindakan memungkinkan gerakan Pemuda hanya menjadi satu gerakan yang tidak bermaya. Malah mungkin semakin tidak relevan dengan arus agresif anak muda masa kini.

Kecuali Mukhirz membentangkan satu pelan atur ataupun`blue print’ pemuda kearah memperkasakan sayap tersebut dan membantu secara langsung UMNO bagi mengembalikan keyakinan rakyat serta golongan muda secara keseluruhannya.

Hari ini, Mukhriz hanya dilihat sekadar mengungkap kemarahan yang berbau kebencian, sekadar dilihat hanya mahukan jawatan semata-mata dan tidak ada tindakan susulan selain daripada menghentam kepimpinan Pak Lah, Presiden parti beliau sendiri.

Tetapi Mukhriz lebih baik daripada Khir Toyo, orang pertama yang menawarkan diri untuk memimpin Pemuda UMNO. Dengan imej yang tercalar teruk dan buruk sehingga Selangor terlepas ketangan pembangkang dan Barisan Nasional hilang kerajaan, Khir bukan calon yang layak untuk memimpin Pemuda UMNO.

Dengan beberapa rekod yang masih belum terpadam sepenuhnya dan ditambah dengan rekod terburuk sebagai Menteri Besar Selangor, peluang Khir untuk mengangkat martabat serta maruah Pemuda UMNO hanyalah sekadar angan-angan yang tidak mungkin kesampaian.

Khir ternyata begitu bercita-cita besar dan tidak tahu mana yang patut didahulukan. Beliau seharusnya menumpukan perhatian untuk merampas kembali Selangor dan bukannya memasang impian menjadi Ketua Pemuda dimana ada yang melihat tujuan Khir tersebut hanya mahu mengalihkan isu daripada dipersalahkan atas kegagalan Barisan Nasional di Selangor.

Isu babi di Selangor juga angkara Khir. Khir harus ingat bahawa sial penyapunya masih kuat. Jika bertanding ketua pemuda sekalipun yang pastinya ialah kalah dalam tangan dan hampir pasti buat Khir. Pemimpin seperti Khir tidak boleh diharapkan untuk membina kredibiliti pemuda UMNO disebabkan Khir, Selangor terlepas ke tangan pembangkang.

Apakah UMNO mahu kepimpinan pemuda diketuai oleh Khir yang berjaya mencipta rekod kekalahan UMNO kali pertama dalam sejarah di Selangor kepada pembangkang?

Dan tindakan Khir yang menerbitkan laman blognya sendiri tidak banyak membantu memulihkan reputasi beliau dan Barisan Nasional Selangor kerana blog tersebut terlalu banyak mendedahkan kepincangan UMNO dan Barisan Nasional dan akhirnya segala yang Khir dedahkan adalah membuka pekung di dada ataupun menyelak kain sendiri.

Secara tidak langsung blog Khir tersebut banyak membantu pembangkang untuk lebih berani bertindak di Selangor dan paling mengecewakan apabila Khir turut sama senada dengan ahli biasa mendesak Pak Lah melepaskan jawatan. Ini bukan sikap sebenar sebagai orang yang mahu mencalonkan diri sebagai ketua pembangkang.

Khir perlu selesaikan isu babi dan anugerah penyapunya terlebih dahulu sebelum bercita-cita mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO. Takut-takut nanti Khir mendapat anugerah penyapu sebagai tanda kejayaan meruntuhkan keunggulan Pemuda UMNO.

Sebagai Menteri Besar, Khir telah gagal dan apakah Khir mahu mengulangi kegagalan apabila beliau ditunjukkan sebagai Ketua Pemuda UMNO selepas Hishamuddin?

Seandainya Pemuda UMNO mahu memilih Khairy atas dasar beliau adalah Naib Ketua ternyata pilihan pemuda UMNO juga silap. Dalam suara ramai yang mempertikai serta menyalahkan Khairy atas kegagalan Barisan Nasional meraih majoriti dua pertiga dalam pilihanraya lalu, nama Khairy seharusnya terpadam terus dan tidak layak untuk memimpin gerakan ini.

Dosa Khairy antara nampak dengan tidak terlalu banyak kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kelantangan Khairy tidak kena tempatnya, budaya kepimpinan Khiry bukan budaya UMNO dan isu campurtangan Khiry bertiketkan Tingkat Empat juga dikaitkan sebagai punca Pak Lah dilihat merudum reputasi sebagai Perdana Menteri.

Kalau bukan kerana beliau menantu Pak Lah, Khairy sebenarnya tidak ada apa-apa yang istimewa dan Khairy harus mengakui bahawa banyak kesilapan yang tidak sepatutnya beliau lakukan sehingga beliau dilihat menjadi punca untuk menunjukkan jalan mati kepada UMNO.

Oleh itu, pentingkah mereka ini kepada Pemuda UMNO? Rekod tidak ada membuktikan bahawa mereka ini adalah pejuang Melayu tulen, memiliki roh UMNO yang kental dan jitu malah meletakkan harapan untuk mewarisi kegemilangan UMNO kepada mereka masih samar-samar. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Pemuda UMNO harus berani lakukan perubahan. Perubahan untuk mengembalikan kemenangan buat UMNO.

Kerajaan selama 50 tahun ini ternyata gagal ditahap serius

Oleh M.F. Othman
Ahad, 27 April 2008

FUNGSI paling asas sesebuah kerajaan antaranya adalah sentiasa memikirkan bagaimanakah caranya untuk memberikan kesenangan kepada seluruh rakyat, tidak mengira apa agama dan bangsa sekalipun.

Dalam konteks negara kita sendiri, kita telah melalui 12 pilihanraya sejak 50 tahun yang lepas dan secara logiknya ialah seluruh rakyat Malaysia ‘pasti’ telah mengalami tahap peningkatan dari segi ‘aman, selamat, makmur dan senang’ sebanyak 12 kali lebih baik selama tempoh 50 tahun pilihanraya diadakan.

PRU ke-12 baru sahaja berlalu. Ramai yang masih trauma. Tidak kurang pula ramai yang masih bergembira dengan kemenangan yang diperolehi.

Namun saya amat percaya, tidak sedikit bilangan watak-watak yang beroleh ‘kesempatan, keuntungan dan peluang’ hasil daripada segala rentetan kekalutan yang berlaku khususnya dalam batang tubuh UMNO atau BN sendiri.

PRU kali ini secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang telah wujud selama 50 tahun ini sebenarnya ternyata gagal ‘di tahap yang amat serius’ untuk menjalankan fungsinya sekalipun yang paling asas sekalipun.

Betapa mahalnya harga yang perlu ditanggung-bayar oleh rakyat akibat kesilapan memilih sesebuah kerajaan untuk memerintah bagi suatu tempoh yang amat lama sehingga suara rakyat langsung tidak lagi kedengaran, tidak lagi dipedulikan dan ianya terus karam tenggelam oleh arus keangkuhan kuasa pemerintah yang telah merasakan bahawa mereka akan selama-lamanya akan dipilih rakyat untuk memerintah negara ini -hanya kerana selama ini kedudukan mereka tidak pernah dicabar sama sekali sekalipun hanya menafikan majoriti 2 / 3 kerusi parlimen.

Oleh itu, siapa kata politik tidak penting. Politik adalah amat penting kerana dengan politiklah negara dapat dibentuk dan ditadbir. Baik orang politik akan menghasilkan pentadbiran yang baik.

Khianat orang politik akan menghasilkan pentadbiran yang menghancurkan agama, bangsa dan negara. Orang politik biasanya dikawal oleh dasar yang membentuk parti yang diwakili.

Dasar mana-mana parti pun ‘kelihatannya amat baik’ tetapi tidak semua orang politik yang bernaung didalam parti yang mempunyai dasar yang cukup baik tadi akan secara automatik menjadi orang politik baik dan jujur.

Dalam konteks negara kita sendiri, demokrasi yang kita amalkan adalah baik. Sistem demokrasi yang kita amalkan yang membolehkan pilihanraya akan dapat diadakan.

Pilihanraya yang diadakan dalam tempoh 5 tahun sekali juga adalah baik. Melaluinya, rakyat berhak memilih wakil rakyat melalui parti yang diwakili.

Walaupun semasa pilihanraya, semua parti yang terlibat akan berkempen secara habis-habisan untuk memenangi hati rakyat melalui manifesto yang dibentangkan, dalam keadaan mana sekalipun akhirnya sistem demokrasi ini akan membolehkan rakyat mendapat keuntungan dan manfaat.

Ini adalah kerana mereka telah secara bebas memilih pemimpin terbaik yang dirasakan layak untuk mendapat tempat kepimpinan dan berpeluang pula untuk merasa janji-janji manifesto dilaksanakan sebaik mungkin.

Bukankah setiap parti mempunyai manifesto tersendiri yang dikatakan amat baik untuk rakyat?. Inilah yang dikatakan sistem ‘dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat’. Tetapi, secara amalannya adakah ianya begitu dan kelihatan begitu?.

Sebaik sahaja PRU 12 berlangsung, hanya sekadar mengambil satu contoh - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menggesa agar kerajaan pusat agar menarik balik serta merta segala projek kerajaan pusat yang telah dirancang kerana menurutnya rakyat telah menolak pembangunan. Buktinya mereka telah menolak UMNO/BN. Memang menarik.

Cukup menarik kerana pembangunan telah disama ertikan dengan sesebuah parti iaitu UMNO/BN. Menolak UMNO/BN bererti menolak pembangunan. Menyokong parti selain UMNO/BN juga bermaksud menolak pembangunan (sedangkan parti DAP/PKR dan PAS secara jujur kita tahu, tidak menolak pembangunan).

Maka, rakyat yang telah memilih parti selain daripada UMNO atau BN, telah dikatakan sanggup menjadi sekumpulan manusia yang anti-establishment dan anti-pembangunan – suatu pilihan yang akan merugikan mereka sendiri sendiri?.

Adakah ini bermakna rakyat telah dihukum hanya kerana telah ‘meraikan’ demokrasi yang selama ini sangat dibanggakan oleh UMNO dan kerajaan BN?. Bukankah demokrasi itu sepatutnya akhirnya akan memberikan manfaatkan kepada rakyat?.

Dalam kes Pulau Pinang, mengapa begitu sekali tergamak Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu menggesa agar segala projek tersebut ditarik balik sedangkan UMNO mengatakan mereka ikhlas berjuang untuk rakyat?.

Lantas, mengapa kepentingan rakyat berani diusik hanya kerana rakyat memilih parti selain UMNO dan BN?. Tiba-tiba mata saya berpinar dan saya menjadi keliru.

Keliru kerana akhirnya rakyatlah yang akan dipersalahkan dan mungkin mengalami kerugian kerana kehilangan hak untuk mendapatkan pembangunan - tidak hanya di Pulau Pinang, tetapi di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.

Walaupun Pak Lah telah menyatakan bahawa segala perancangan projek akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan, namun semua orang tahu bahawa itu hanyalah cakap-cakap politik yang mungkin boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Buktinya ialah pembinaan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia-Singapura.

Masihkan anda ingat apabila Pak Lah menyatakan yang lebih kurang berbunyi ‘kita akan meneruskan pembinaan jambatan ini tidak kiralah samada lurus, bengkok atau herot’ namun dalam tempoh yang tidak sampai sebulan sahaja Pak Lah telah mengubah pendiriannya itu dengan membatalkan terus pembinaan jambatan tersebut yang membawa kepada kemarahan dan perbalahan yang berpanjangan antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir.

Sebenarnya budaya politik kita jauh ketinggalan. Cara kita berpolitik sungguh aneh dan pelik. Kita berpolitik tetapi akhirnya kita sanggup memijak hak-hak dan kepentingan rakyat hanya kerana mereka tidak memilih parti yang kita wakili.

Bukankah parti lain yang dipilih rakyat itu pun akan berjuang untuk kepentingan rakyat?. Mengapa tidak diberikan peluang dan tidak bersikap terbuka dalam hal ini?.

Sekiranya mereka melakukan korupsi, khianat, pecah-amanah dan sebagainya, bukankah sistem demokrasi itu sendiri yang akan menghukum mereka?.

Oleh itu, saya berpendapat budaya politik kita haruslah diubah. Masanya sudah sampai dan kita tidak harus bertanguh lagi demi kepentingan rakyat.

Perubahan yang bagaimanakah harus kita lakukan?. Perubahannya adalah dengan melaksanakan budaya politik persaingan secara sihat untuk rakyat. Bagaimana?.

Dengan mengambil contoh persaingan antara AirAsia dan MAS. Persaingan antara Digi, Celcom dan Maxis. Hanyalah menyebut sekadar beberapa contoh.

Dengan kewujudan AirAsia, MAS terpaksa dan dipaksa untuk bersaing secara sihat di atas padang yang rata. Hasil persaingan ini, promosi penerbangan yang murah selalu dapat diadakan. Harga tiket akan menjadi murah.

Akhirnya pengguna/penumpang/rakyat mendapat manfaat dan kebaikannya. Tidak akan ada sesiapun yang rugi. Begitu juga sebagaimana persaingan antara Digi, Celcom dan Maxis.

Sehingga ada yang menawarkan sms serenah 1 sen dan panggilan serendah 15 sen seminit!. Malah pelbagai pakej menarik lagi ditawarkan.

Akhirnya, penguna/pelanggan/rakyat yang akan mendapat manfaat dan kebaikkan. Mengapa kepimpinan politik negara kita tidak boleh melaksanakan persaingan yang sebegini rupa?.

Bayangkan senario yang begini berlaku : BN dan Pakatan Rakyat diberikan peluang sama rata untuk mendapat ‘access’ kepada akhbar dan media elektronik.

Sama-sama akan membuktikan kepada rakyat bahawa merekalah yang terbaik untuk rakyat. Merekalah yang paling layak untuk menjadi pemimpin dan mentadbir negara ini untuk kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran rakyat.

Setiap parti akan bergaduh, bercakaran dan bermusuhan secara sihat semasa pilihanraya diadakan.

Namun selepas pengundian dijalankan dan kerajaan dibentuk, masing-masing samada parti pemerintah dan pembangkang akan bekerja-sama bekerja untuk kepentingan rakyat.

Tidak ada masa dan ruang lagi untuk bermusuhan kerana agenda kepentingan rakyat adalah lebih utama.

Rakyat sudah memilih mereka, maka sekarang adalah masa untuk menunaikan janji. Oleh itu kerjasama semua pihak diperlukan untuk membolehkan janji-janji tersebut ditunaikan.

Kalau kita lihat negara maju seperti Amerika, England dan sebagainya konsep ini sudah lama dilaksanakan.

Didalam Parlimen, sekiranya sesuatu dasar kerajaan itu merugikan rakyat maka ahli parlimen tidak kira samada dikalangan pemerintah dan pembangkang akan sama-sama menentang dasar tersebut – malah mereka yang berada dikalangan ahli parlimen parti pemerintah tidak akan dikenakan sebarang tindakan!.

Namun dalam senario politik negara kita, ianya adalah berlainan sama sekali. Anda masih anda ingat bagaimana Datuk Shahrir Samad yang dikenakan tindakan hanya kerana menyokong usul yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang di dalam Parlimen ketika itu – yang membawa perletakan jawatannya sebagai pengerusi BNBBC (Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan) sedangkan usul yang dibawa adalah berkenaan hak dan kepentingan rakyat?.

Mengapa pihak pemerintah dan pembangkang tidak boleh berkompromi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat sehingga perlu bergaduh dan bermusuh setiap masa?.

Ingat, PRU 12 sudah menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat sudah terlalu muak dengan kerenah politik yang cukup memualkan dan menjijikkan ini sehingga menyebabkan nasib rakyat tidak dijaga dan diuruskan dengan baik hanya kerana perbezaan politik semata-mata sedangkan ‘gaji’ mereka dibayar oleh rakyat melalui cukai yang dikutip.

Ingatlah bahawa kepimpinan politik dan YB-YB adalah hamba rakyat dan dari rakyatlah mereka mendapat kuasa.

Akhir kata, ahli dan kepimpinan politik haruslah berani berubah demi rakyat. Hanya dengan perubahan mereka sahajalah yang akan membawa kepada perubahan nasib rakyat negara ini.

Disinilah keikhlasan ‘berkhidmat untuk rakyat’yang selama ini sentiasa dilaungkan akan dapat dibuktikan!.

Putatan, Bagaimana pula dengan kerajaan negeri Sabah yang menang dengan selesa adakah agenda untuk kepentingan rakyat akan lebih di utamakan.

Black 14 2008 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru KL

PART 1


PART 2


PART 3


PART 4


PART 5


PART 6


PART 7

Sabtu, 26 April 2008

UMNO Kalabakan Enggan Terima Bantahan

Oleh: 'Deep Throat' Sabah

Hasrat melambung lima orang ali jawatankuasa Persatuan Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak untuk menyampaikan notis bantahan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan, Mohd Gasing Saleng terbantut apabila notis mereka enggan diterima. Menurut Pengerusi persatuan berkenaan, Yadum Atihal, pihaknya mengemukakan bantahan rasmi terhadap penglibatan seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan, David Bin Udin Samaila @ Udin Jambang dalam kegiatan jenayah menceroboh tanah pekebun kecil di Tingkayu.

"Tapi Mohd Gasing tidak mau terima, sebaliknya mengugut untuk menyaman kami," ujar Yadum yang kesal dengan sikap pemimpin pergerakan pemuda UMNO berkenaan yang terlalu ego dan tidak prihatin dengan kesengsaraan para pekebun kecil yang dizalimi ahli pergerakannya.

Kata Yadum, sepatutnya Mohd Gasing menyiasat kegiatan tidak bermoral ahlinya terutama menggunakan T-Shirt Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan untuk menjalankan kegiatan jenayah bersama seorang lelaki Alimudin Mohd Ajay.

"Kita bukan mahu melibatkan pergerakan politik berkenaan, cuma kita mengadu kegiatan ahlinya yang menyalahi undang-undang. Sepatutnya dia terima dan siasat aduan kita dan bukannya lepas tangan begitu sahaja," ujar Yadum terkejut kerana sebelum meninggalkan pejabat UMNO Kalabakan, Mohd Gasing meminta satu salinan asal notis bantahan berkenaan, kononnya untuk ditunjukkan kepada Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh.

Yadum kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tawau berikutan keengganan Mohd Gasing menerima notis bantahan mereka bagi memudahkan polis menjalankan siasatan berhubung ahli UMNO yang terlibat dengan kegiatan samseng.

Tegas Yadum, semua pihak wajar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Tawau yang meluluskan Injunksi kepada pekebun kecil untuk mengusahakan tanah mereka dan pihak yang menentangnya tidak berhak untuk mendakwa tanah tersebut milik mereka sehingga kes berkenaan diputuskan mahkamah.

"Tidak ada sesiapapun boleh memasuki kawasan kebun kami tanpa izin kami, apatah lagi merompak hak kami. Tapi apa polis buat?," tanya Yadum yang kesal dengan sikap polis Kunak yang enggan mengambil tindakan terhadap para penceroboh yang mencuri buah dan merampas kenderaan ladang milik pekebun kecil sehingga ada yang dijual sebagai besi buruk.

Ketika ditanya apa tindakan lanjut persatuannya, Yadum membayangkan akan menghantar notis bantahan berkenaan kepada Ketua Pergerakan UMNO Sabah dan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia.

Dalam pada itu, Mohd Gasing memberitahu beliau enggan menerima notis bantahan berkenaan kerana ianya melibatkan peribadi ahlinya dan bukannya Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan secara mutlak.

"Saman atau laporan patut dibuat terus terhadap David dan bukannya melibatkan Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan. Ini kes berat dan memalukan Pemuda UMNO ," ujar Mohd Gasing yang akan memberi taklimat kepada Ketua Bahagian berhubung isu berkenaan.

Mengikut siasatan Malaysia Today, bapa David, Udin Samaila @ Udain Jambang warga Indonesia yang kini memiliki kerakyatan Malaysia secara songsang sebelum ini adalah pengusaha Barter Trade sebelum menghilangkan diri kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan samseng.

Beberapa majalah Indonesia melaporkan kejayaan Udin di tanah besar Sabah namun kini menghilangkan diri kerana amat dikehendaki oleh Polis Indonesia dan Interpol kerana penglibatan beliau dengan beberapa sindiket antarabangsa termasuk membiayai kegiatan samseng dan jenayah terancang.

Bagaimanapun Kerajaan Indonesia dan Interpol gagal memberkas Udin kerana memiliki kerakyatan Malaysia dan bersembunyi setiap masa.

Namun agak aneh apabila Mohd Gasing boleh menghubungi Udin melalui telefon untuk bertanyakan apakah benar anaknya David bekerja dengan Alimuddin yang menjalankan kegiatan samseng di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak.

Lebih lima laporan polis dibuat terhadap Udin dan David terutama kegiatan samseng mereka di Hill Top, Tawau, namun kelihatan polis Tawau begitu akrab dengan Udin dan David!

Ku Li: Wakil BN lompat boleh jadi kenyataan

Nash Rahman | Apr 26, 08 7:36pm
Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan dakwaan PKR bahawa 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai Pakatan Rakyat, boleh menjadi kenyataan.

"Saya kenal banyak ahli parlimen (BN) yang terpilih baru-baru ini adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sewaktu beliau masih berkuasa dahulu dan mereka masih rapat dengan beliau.

"Kemungkinan mereka akan berpihak kepada PKR jika kita tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal perasaan mereka," kata ketika menjawab soalan dalam pertemuan dengan kira-kira 500 ahli Umno di sekitar Subang Jaya di sebuah hotel terkemuka hari ini.

Sebelum ini, bekas menteri kewangan itu menyampaikan ucapan bertajuk 'Halatuju umno selepas pilihanraya umum ke-12' di wacana perubahan dan pemikiran anjuran pemimpin veteran Umno, Datuk Mazlan Harun di tempat yang sama.

Beliau menegaskan demikian ketika menjawab soalan hadirin berhubung kenyataan ketua umum PKR itu bahawa ahli-ahli parlimen BN di Sabah itu telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Kita tahu PKR begitu serius hendak kalah kita, bukan di peringkat negeri sahaja tetapi juga di peringkat persekutuan.

Perasaan pada Umno

"Hingga sekarang pun PKR hendak tumbangkan kita. Dia sudah dedahkan cita-citanya itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar.

"Dia sudah kata dia ada cukup bilangan kerusi parlimen untuk tubuhkan kerajaan, kalau tidak pada 31 Ogos, mungkin pada 16 Ogos," tambah Tengku Razaleigh.

"Ini bukan cakap main-main. Perasaan orang Sabah terhadap Umno tidak seperti kita di sini. Kita di sini dilahir dan dibesarkan dalam suasana Umno.

"Segala yang kita sentuh ada kaitan dengan perjuangan Umno. (Tetapi) perasaan orang Sabah tidak seperti perasaan orang Umno di sini, tidak tebal," tegasnya.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau bimbang dengan sikap pemimpin Umno yang tidak mengambil serius tentang perkara tersebut.

Di samping itu, katanya, isu-isu yang membabitkan Sabah sepertimana yang dibangkitkan oleh pemimpin Umno di negeri tersebut masih belum diselesaikan sepenuhnya.

PKR serius

"Walaupun pemimpin kita telah melawat Sabah untuk menyelesaikannya, tetapi saya diberitahu bahawa tidak ada penyelesaian yang dicapai," tambahnya.

"Jangan fikir kita akan terus berkuasa...hanya 30 kerusi boleh ubah pemerintahan negara ini. Ini bukan sesuatu yang susah hendak dibuat," tegasnya lagi.

Tengku Razaleigh berkata beliau terserempak dengan Anwar dalam penerbangan dari Kota Baru hari ini dan bertanyakan soalan itu kepada bekas timbalan perdana itu.

"Saya tanya beliau (mengenai perkara itu), jawabnya dia serius. Itu jawapan beliau kepada saya.

"Tidak terjamin kita boleh kekal, tidak terjamin, itulah sebabnya saya sendiri risau dengan sikap pemimpin kita (mengenai dakwaan tersebut)," tambah Tengku Razaleigh

Kes Altantuya: Hubungan diplomatik Mongolia-Malaysia mungkin putus

Oleh Amin Iskandar
Khamis, 24 April 2008

JIKA kes pembunuhan Altantuya tidak diberikan perbicaraan yang adil, pemerintah Mongolia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Itulah diantara maklumat baru yang diberi oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu dalam sidang akhbarnya bersama dengan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dengan beberapa ahli parlimen PKR siang tadi.

Dr. Shaariibuu Setev yang ditemani oleh peguam yang juga penterjemahnya, Munkhsaruul Mijiddorj memaklumkan bahawa Perdana Menteri Mongolia telah memberitahu Abdullah Badawi tahun lalu mengenai perkara ini.

Apakah rakyat Malaysia hanya mahu mendiamkan diri melihat dunia membenci Malaysia hanya kerana tindakan segelintir orang?

Sedangkan 26 juta rakyat Malaysia tidak bersalah kepada Altantuya dan beribu-ribu lagi rakyat asing yang ditindas di Malaysia.

Apakah Najib sesuai untuk menjadi PM Malaysia yang keenam? Belumpun jadi lagi, Malaysia dah hampir hilang hubungan dengan satu negara. Renungkanlah.

"Lawan tetap lawan" Ku Li

Oleh Bernama
Sabtu, 26 April 2008

KB: Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan tetap menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti pada Disember walaupun berlaku peralihan kuasa.

Beliau berkata peralihan kuasa di antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kena mengena dengan parti dan beliau mempunyai hak untuk bertanding sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi.

"Soal UMNO bukan kerajaan, saya cuma menawar diri kalau cukup pencalonan daripada bahagian untuk UMNO, tidak ada kena mengena dengan kerajaan... Saya hendak menawarkan diri untuk berkhidmat, jadi kalau cukup pencalonan, saya akan tawarkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata demikian ketika mengulas mengenai pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib yang diumumkan Perdana Menteri pada 14 April lalu.

Abdullah bagaimanapun berkata pelan peralihan kuasa itu akan hanya dibincangkan selepas pemilihan parti.

Laporan 30 wakil rakyat BN berpaling tadah: "tak boleh pandang ringan" Najib

Oleh Bernama
Jumaat, 25 April 2008

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.

Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Anggota Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : "Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda."

"Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN."

"Namun, kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik."

Jumaat, 25 April 2008

Puzzling decisions on illegals

Kota Kinabalu: Some Federal Ministers are making puzzling decisions concerning Sabah, especially on the illegal immigrant issue, because they fail to understand the true nature of the problems faced by Sabahans.

Parti Bersatu Sabah (PBS) Batu Sapi MP Datuk Edmund Chong said one such decision was relocating the illegal immigrants in Kiansam Labuan and issuance of IMM13 to them as announced by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Has this been brought to the attention of and approved by the Federal Cabinet? Sabah has three Ministers (Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Dr Maximus Ongkili and Datuk Shafie Apdal), perhaps they should tell if this has been done," he said, Wednesday.

Chong, who is PBS Treasurer-General, said this justified the reason for more representation from Sabah at the Federal Cabinet because they understand the problems of the State better.

In supporting PBS President Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan's statement over the Labuan issue, he said the Federal Government should tell the people the outcome of the recommendations submitted by the Parliamentary Select Committee on Integrity of which he was also a panel member.

He said the select committee had gathered feedback from many quarters including from author MD Mutalib, who has written books on the problem of illegal immigrants as well as the alleged perpetrators.

"If he was wrong and the facts in his books are lies then why has no action been taken against him? If he is wrong he should be put in prison," he said.

Chong said undoubtedly the Federal Government had been taking action on illegal immigrants but not sufficiently to tackle the scale of the problem affecting Sabah now.

"What has been done to illegals found holding our genuine identification documents? The documents are genuine but the holders are false," he said.

Chong claimed the Federal Government had also been making decisions, which affect Sabah without consulting the State government.

"How come our Chief Minister who is also the State Security Committee Chairman has no say in matters such as this?," he asked. - Daily Express

Khamis, 24 April 2008

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar

Nabila Abdullah
Thu | Apr 24, 08 | 2:20:44 pm MYT

PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.

Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN.

"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya.

"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.

Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti.

Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.

Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.

"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.

HardTalk Interview bersamaTun Dr.Mahathir Mohamad

SILA DENGAR DENGAN BAIK SENIKATA MUNGKIN BERBEZA.








Warkah Berdarah Buat Pak Lah!

Oleh ‘Deep Throat Sabah’

Para Pekebun Kecil di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak telah sebulat suara untuk menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah bosan dengan karenah birokrasi Kerajaan Barisan Nasional yang gagal berfungsi untuk menjaga hak asasi mereka terhadap tanah yang mereka usahakan.

Walau berkajang surat dihantar, lebih 40 laporan polis dibuat dan beratus aduan rasmi difailkan, namun Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menafikan hak mereka sebagai warganegara.

Menurut Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pihak yang boleh merampas harta melainkan melalui undang-undang dan tidak ada undang-undang yang boleh merampas hak melainkan melalui pampasan.

Namun, Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) telah bertindak merampas tanah yang mereka usahakan di Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak dengan bantuan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan geran kepada

SKPTTB berdasarkan permohonan tanah yang telah dibatalkan Setiausaha Hasil Bumi.

Wakil Pekebun Kecil telah melafazkan Sumpah Di Bumi Sabah dengan melaungkan dengan penuh semangat sumpah keramat mereka yang berbunyi, “Kami bersumpah dengan darah, demi tanah, pantang menyerah.”

“Kami terpaksa menghantar Warkah Berdarah Buat Pak Lah setelah semua cara menemui jalan buntu. Kami harap Pak Lah faham dan menyelesaikan masalah kami dengan apa juga cara,” ujar Yabi Mositoh @ Alex yang sanggup mengorbankan darahnya untuk menulis warkah kepada Pak Lah.

Bagaimanapun warkah berkenaan tidak akan dikirimkan kepada Pak Lah sebaliknya diberikan hak penyiaran eksklusif kepada Malaysia Today dan akan dikirimkan kepada Youtube untuk tontonan manusia sejagat bahawa rakyat tempatan di Sabah ditindas kerana tanah mereka dirampas disebabkan rasuah telah menjadi raja yang memerintah.

Wakil BN lompat sebelum 31 Ogos

Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa yang sesuai, selewat-lewatnya 31 Ogos depan, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.

Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408Sementara AFP pula melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi".

"(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

"PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa
diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan.

Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.

Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac.

Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Rabu, 23 April 2008

‘Tukang cuci tandas’ disebalik desakan Pak Lah berundur

Rata-rata menyebut Najib bukan calon yang layak sebagai PM kecuali Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap berani dan telus dalam mengemukakan hujah kebenarannya.

Written by norzahkepol, WANITA POST

RUANG Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa Majlis Taklimat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terasa membahang dengan isu-isu politik. Tiada isu lain dibincangkan selain desakan agar Pak Lah melakukan proses peralihan kuasa dalam masa terdekat.

Begitupun ketika diajukan persoalan ini kepada Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Mukhriz Dr Mahathir berpendapat Pak Lah kena melakukan proses peralihan kuasa Perdana Menteri (PM) dalam masa terdekat. Katanya, jangan tunggu sehingga pemilihan parti Disember ini kerana banyak perancangan dan kerja parti boleh diatur serta dilaksanakan jika negara mempunyai PM baru.

Persoalannya , mampukah UMNO mempertahankan maruahnya jika pengganti PM adalah Datuk Seri Najib Tun Razak? Inilah persoalan yang perlu kita renung dan telitikan. Rata-rata menyebut Najib bukan calon yang layak sebagai PM kecuali Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap berani dan telus dalam mengemukakan hujah kebenarannya.

Menyentuh tentang kekusutan UMNO dewasa ini ada kaitan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) ini ada baiknya semua pihak merenung diri. Salah satu punca atau faktor kekalahan BN PRU 12 juga disebabkan oleh menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Seperti mana kita sebut dalam artikel yang sudah-sudah Khairy Jamaluddin perlu melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk Ahli Parlimen Rembau bagi membersihkan imej bapa mentuanya sudah tercalar oleh persepsi rakyat ke atasnya.


Hari ini rata-rata menyebut Khairy adalah punca kekalahan BN di lima negeri selain faktor-faktor lainnya Pak Lah tidak menerima pakai laporan JASA, SB , agensi kerajaan dan lain-lain. Tidak kurang menyebut mungkin terdapat unsur-unsur sabotaj semasa menentukan senarai calon wakil rakyat sehingga BN kalah di lima negeri. Apa pun ramai menyalahkan Pak Lah kerana terlalu percayakan orang-orang kanan dan kelilingnya tidak memberikan laporan tepat tentang mood rakyat dan sebagainya.

Apapun mendesak Pak Lah melakukan peralihan kuasa dalam masa terdekat adalah tidak relevan. Adakah Najib sesuai sebagai PM? Walaupun ada pandangan mengatakan lebih baik Pak Lah mengadakan muzakarah tertutup bersama Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dapat dicari satu formula yang kuat membantu kepentingan dan ketuanan Melayu di negara ini tanpa mengenepikan kepentingan dan hak kaum-kaum lain di negara ini. Pada masa yang sama ada juga tokoh-tokoh NGO mencadangkan agar orang Melayu terus menolak kepimpinan Dr Mahathir , Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim didakwa sebagai punca perpecahan Melayu di negara ini.

Sikap ketiga-tiganya suka bercakap secara umum dan memperkecilkan kewibawaan Pak Lah sebagai PM sehingga diambil kesempatan oleh pemimpin kaum lain senada memperlekehkan Pak Lah. Maka tidak hairanlah jika S.Samy Vellu sudah mula ‘bermain kasar’ dan melontarkan kenyataan jelas menyinggung pemimpin UMNO. Sebenarnya kita harus bersetuju dengan pandangan Muhyiddin Yassin atau pandangan menteri-menteri lain mungkin dibuat secara tertutup, pandangan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir agar Pak Lah melakukan peralihan kuasa. Apa yang disebut oleh pemimpin di atas itu jualah yang disebut oleh majoriti rakyat. Rakyat dan pemimpin berkenaan menyatakan perkara yang benar dan telus. Apa yang Muhyiddin kata bahawa UMNOlah menentukan kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri adalah tepat dan kenyataan berwibawa. Tak perlulah mana-mana pihak termasuk Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kita tahu pendiriannya tetap satu setia kepada Perdana Menteri atau Presiden UMNO mempertikaikannya. Pak Lah dipilih oleh perwakilan UMNO dan kepada UMNO Pak Lah kena kembali.


Jadi tak perlulah mana-mana pihak menjadi ‘tukang cuci tandas ’ segala kenyataan benar dari rakyat atau mana-mana pemimpin seperti Muhyiddin, Mukhriz dan Dr Khir Toyo. Muhyiddin dan Dr Khir Toyo tidak bermain wayang dan kenyataan mereka datangnya dari kemahuan rakyat. Terserahlah kepada Pak Lah menerima pakai pandangan tersebut.


Walau bagaimanapun perlu kita jelaskan di sini, UMNO tidak perlukan pelan pemulihan menarik keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN. Sebaliknya UMNO perlu melakukan pelan pembersihan bagi mempastikan parti itu terus relevan dan kekal selama-lamanya. Oleh kerana UMNO melakukan usaha pemulihanlah maka nama-nama pemimpin tidak sepatutnya ada dalam kerajaan dan parti antaranya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Azim Zabidi, Datuk Musa Aman, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Annuar Musa terus kekal di dalam parti. Kalaulah Pak Lah mengguna pakai pelan pembersihan sudah pasti kerajaannya diberikan nafas baru dengan pelantikan muka-muka baru sebagai menteri kabinet dan sebagainya. Pengekalan beberapa nama pernah ditohmah dengan skandal hakim, rasuah dan politik wang membuatkan parti itu terus kekal dengan ramuan lama tidak dihormati oleh rakyat jelata.

Sejak kebelakangan ini memang kalangan ahli UMNO mempersoalkan banyak tindak tanduk Pak Lah. Antaranya kenapa Shahrizat yang kalah di Parlimen Lembah Pantai dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf menteri seolah-olah menafikan kewibawaan Ng Yen Yen sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Kenapa Datuk Maznah Mazlan , ADUN Muadzam Shah dilantik sebagai Senator seterusnya Timbalan Menteri? Kalaupun untuk mengisi kuota jawatan negeri Pahang ada baiknya dilantik di kalangan ketua-ketua wanita bahagian negeri Pahang tidak mempunyai jawatan ADUN. Tidak kurang yang bertanya kenapa Pak Lah tidak menasihatkan menantunya Khairy Jamaluddin melepaskan jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau untuk membersihkan kerajaannya dari terus terpalit oleh nama menantunya.

Ada juga sumber menyebut, Khairy sudah mula memasang agen-agen kempen bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Disember ini. Malah ada pihak berani menyebut berapa jumlah wang yang Khairy peruntukan untuk bertanding jawatan ketua pemuda dan berbagai insentif lain lagi untuk kemudahan jentera kempennya bergerak. Persepsi inilah sedikit sebanyak akan menjejaskan kewibawaan Pak Lah dan usaha UMNO melakukan pembersihan dalam parti itu. Khairy perlu melakukan pengorbanan politik iaitu meletakkan jawatan sebagai salah satu pelan pembersihan dalam UMNO sekaligus membersihkan institusi Perdana Menteri.

Mungkin ada baiknya saranan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria agar semua pemimpin UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan perbincangan tertutup tentang isu perpaduan Melayu. Tak perlulah isu kelemahan Melayu diperbesarkan dan semua pemimpin Melayu tanpa mengenal warna parti duduk berbincang mencari formula kekuatan Melayu semula. Bercakap pasal Mohd Norza memanglah ramai pihak tertanda tanya kenapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu satu-satunya tidak bertanding dalam PRU 12? Sebelum ini memang ada menyebut Mohd Norza akan diletakkan bertanding di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Bukit Katil. Tapi apa malangnya namanya digugurkan pada saat-saar akhir mungkin ada kaitan pemimpin tertentu tidak berasa senang dengan ketrampilan dan kewibawaan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu. Sebagaimana umum sedia maklum, kejayaan Mohd Norza dalam politik bukan kerana faktor pemimpin tertentu atau orang tertentu tetapi kerana kredibilitinya. Beliau mampu berdiri di atas kaki sendiri dan sentiasa menjadi pencetus idea baru antaranya mencadangkan UMNO,PAS dan PKR duduk berbincang pasal perpaduan Melayu.



Terus terang kita katakan di sini, siapa bakal pengganti Pak Lah bukan persoalannya tetapi dalam keadaan kekalutan politik dewasa ini perlulah dinampakkan apa sahaja pelan pemulihan dimaksudkan oleh UMNO atau Pak Lah bertanggungjawab dalam hal ini. Tak usahlah sesetengah pemimpin UMNO berdegar-degar bercakap pasal perpaduan atau ketuanan Melayu sekalipun dalam keadaan ekor mereka bergelumang dengan tahi. Kalau ada pelan pemulihan dimaksudkan cepat-cepat dibentangkan kepada pengetahuan rakyat kini tersepit oleh kesan kenaikan harga barangan dan sebagainya. Malah belum menampakkan tanda-tanda Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad turun padang menyelesaikan kekalutan kenaikan harga barangan dan mengenakan denda kepada pekedai menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya.



Apa yang kita perhatikan sejak BN kalah di lima negeri ini tentang sikap dan kebertanggungjawaban sesetengah menteri lebih leka membuat kenyataan terbuka pasal perpaduan Melayu dibandingkan membentangkan agenda kerja kementerian masing-masing. Malah ada antaranya suka membesar-besarkan isu babi di negeri Selangor sehingga menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.

Memanglah dalam keadaan seperti sekarang rata-rata rakyat mahu Pak Lah melepaskan kerusi PM. Tapi adakah jaminan bakal pengganti Pak Lah seperti mana disebut Najib lebih baik dari Pak Lah? Adakah Najib mempunyai semangat keberanian itulah menjadi persoalannya. Yang rakyat nampak lebih berani sekarang ini adalah Tengku Razaleigh, Anwar dan Muhyiddin Yassin. Namun terserahlah kepada kerana apa yang kita nampak sekarang sebelum proses peralihan kuasa berlaku, Khairy Jamaluddin kena melepaskan kerusi Naib Ketua Pergerakan Pemuda dan Ahli Parlimen Rembau bagi membersihkan imej Pak Lah sudah tercemar…

Selasa, 22 April 2008

Peralihan kuasa elak saingan sengit

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata langkah mengemukakan lebih awal pelan peralihan kuasa akan dapat mengelak pertandingan sengit sehingga memecahbelahkan parti dalam perhimpunan agung Disember depan.

"Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing," kata bekas menteri besar Selangor itu dalam catatan terbaru dalam blognya semalam.

khir toyo 181207Dr Mohd Khir yang baru pulang daripada mengerjakan Umrah berkata, beliau cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada beliau.

"Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara," katanya.

Kelmarin, pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sebarang pandangan pandangan Dr Mohd Khir mengenai peralihan kuasa, adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno Selangor.

Menurut Dr Mohd Khir lagi, selain pandangan ahli Umno yang berjumlah lebih tiga juta orang, "pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan Umno terus relevan".

Sebab itulah, tambahnya, dalam catatan pertamanya mengenai peralihan kuasa, beliau menegaskan bahawa Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan harus mencari satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.

Hak perdana menteri

"Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahupun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan Umno sebagai parti yang menjadi tunggak BN juga kepimpinan negara," tambahnya.

Dr Mohd Khir juga menjelaskan bahawa dua catatan terakhir beliau mengenai peralihan kuasa mendapat respons yang pelbagai.

"Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Tujuan saya ialah supaya pimpinan tertinggi Umno dapat memikirkan secara positif isu pergelutan politik ini dan mengambil langkah-langkah proaktif. Sekurang-kurangnya bagaimana untuk mengelak perkara tersebut dari menjadi kenyataan," tambanya.

Untuk melaksanakan peralihan kuasa, tegasnya ,sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, adalah hak perdana menteri.

"Saya hanya merayu agar satu 'exit plan' dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan Pak Lah sendiri kepada Umno Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.

"Selain itu, ahli-ahli Umno juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti.

"Saya hanya berharap jika ada 'exit plan' dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam perhimpunan agung Umno akan datang," tambahnya.

Isnin, 21 April 2008

"Ex-gratia kepada Tun Salleh Abas bersifat politik" Mahathir

(Oleh Wakil Agendadaily London) - MANCHESTER: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan krisis kehakiman 1988 menyifatkan keputusan kerajaan memberikan ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas hanya bersifat politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan atas alasan apa keputusan pemberian ex-gratia itu diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap pada satu majlis pertemuan dengan pelajar Malaysia di Manchester, England, beliau menolak tanggapan bahawa pemecatan hakim-hakim tersebut bercanggah dengan prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kenapa bayaran pampasan ini perlu dibuat kerana keputusan (memecat hakim) dibuat mengikut undang-undang. Jika mereka boleh buktikan ia bercanggah dengan undang-undang, tolong buktikan kepada saya…sehingga kini mereka tidak dapat buktikan,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan membayar ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat ekoran krisis kehakiman pada tahun 1988.

Selain bayaran ex-gratia itu, Abdullah turut mengumumkan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman bagi meneliti dan membuat cadangan perlantikan hakim.

Mengulas mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Dr. Mahathir berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak boleh dilaksanakan hanya dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Sebaliknya, menurut beliau, penubuhan itu melibatkan pindaan perlembagaan persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga daripada Ahli Dewan Rakyat.

Barisan Nasional kini hanya mempunyai 140 kerusi dan tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum yang lalu.

Bagaimanapun Dr. Mahathir secara sinis berkata, pindaan tersebut mungkin boleh dibuat kerana beliau yakin pembangkang akan turut sama menyokong cadangan berkenaan.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga berkata, keputusan pilihan raya umum yang lalu membuktikan rakyat sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan parti dan negara.

Krisis Umno, Abdullah dijangka tewas, Khairy tidak diperlukan lagi

Bagi orang-orang Umno, jika Abdullah tidak mahu didesak meletakkan jawatan, Abdullah mesti mengemukakan pelan pengunduran atau transisi kuasa kepada Timbalannya, sebagaimana yang dilakukan Mahathir kepada beliau.

Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH

Walaupun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember depan, beliau dijangka akan menghadapi laluan yang amat sukar.

Suara-suara yang bangkit menentang kepimpinannya sudah menjalar dalam Umno hingga ke seluruh negara dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah.

'Mood' ahli-ahli Umno terhadap kepimpinannya sudah tiada. Mereka menyampaikan mesej secara terbuka bahawa mereka tidak mahu Abdullah menerajui parti.

Begitu juga untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya bertanding bergantung kepada kehendak akar umbi.

Maka akar umbi dalam Umno hari ini secara jelas bukan sahaja menolak Abdullah, malah meletakkan 'kesalahan besar' yang mempengaruhi kepimpinannya kepada Khairy.

Walaupun Abdullah beberapa kali menafikan apa yang disifatkan 'gangguan' Khairy terhadap keputusannya, dalam parti dan kerajaan, akar umbi Umno tetap tidak menerima mereka berdua.

Maka barangkali sudah sampai masanya kepada Khairy untuk tidak perlu lagi memikirkan masa depan politik beliau. Fikirlah soal perniagaan atau menyambung pelajaran atau sebagainya. Masa depan politiknya sudah gelap.

Mesej yang disampaikan cukup jelas kedua-dua mertua dan menantu ini, tidak lagi diperlukan dalam Umno.

Usaha Mahathir menyingkirkan Abdullah

Perjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan mengecam kepimpinan Abdullah bermula April 2006 dalam satu majlis di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, selepas dua tahun, kini baru difahami orang-orang Umno.

Ketika itu segala pandangan Mahathir tidak laku. Isu jambatan, isu proton, isu penjualan MV Agusta, isu AP, isu ECM Libra, isu jual pasir dan isu menggadaikan negara kepada Singapura, yang dikaitkan dengan kegagalan kepimpinan Abdullah, dipandang sepi oleh orang-orang Umno.

Mahathir dalam suatu ucapan di Kota Bharu selepas itu, menyerang Abdullah, dengan mengkritik secara terbuka 'PM circle' yang terdiri daripada Khairy, Kamaludin Abdullah, Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan, Brendan Pereira (bekas Pengarang NST).

Mahathir secara terbuka ketika itu, meminta Abdullah berundur dan menyerahkan kepimpinan negara dan parti kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kerana bagi Mahathir, apa yang dibuat Abdullah dan orang-orangnya di Tingkat 4 JPM dan di NST, bukan sahaja 'menjual' negara kepada Singapura, bukan sahaja merosakkan perjalanan kerajaan, malah melingkupkan Umno.

Sebaliknya Mahathir digelar pengacau, media massa digunakan untuk membelasahnya. Khairy menggelarkannya sebagai 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok (Umno)'.

Kemuncak tekanan dikenakan ke atas Mahathir ialah, apabila beliau disekat daripada memenangi pemilihan perwakilan kumpulan G7 dari Bahagian Kubang Pasu, termasuk dengan membeli undi.

Kes ini timbul dengan pengakuan para perwakilan cawangan Umno yang disogok RM200 seorang. Kes ini dikatakan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno, tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan.

Mahathir keseorangan, seluruh kepimpinan Umno dan kerajaan termasuk Najib, teguh di belakang Abdullah.

Mahathir ketika itu sudah dianggap 'history'. Banyak gesaan dari pemimpin Umno yang menyuruhnya bersara diam-diam tanpa perlu mengacau Abdullah dan Umno.

Malah tidak kurang yang melabelkan bekas PM yang berusia 82 tahun itu sebagai sudah nyanyuk.

Tetapi kini orang-orang Umno baru hendak memahami teguran Mahathir. Malangnya mereka hanya faham betapa seriusnya teguran Mahathir, apabila rakyat menjatuhkan hukuman terhadap Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac lepas.

Mahathirlah orang yang pertama membuat gesaan supaya Abdullah menerima tanggungjawab meletakkan jawatan pada 9 Mac lepas, selepas BN kehilangan lima negeri.

Gesaan Mahathir disusuli dengan surat anaknya Dato' Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun kepada Abdullah, menggesa beliau berundur.

Protes dalaman Umno disusuli dengan surat Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang mengesa Umno mengadakan mesyuarat agung khas, bagi membincang masa depan parti itu yang berada di ambang kemusnahan.

Abdullah tetap enggan berundur

Kini, suara Mahathir, Mukhriz, Razaleigh dan lain-lain individu diulangi secara tegas dan terbuka oleh orang-orang Umno di seluruh negara.

Pertemuan yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak, jelas menunjukkan akar umbi Umno mahukan Abdullah meletakkan jawatan.

Cuma pertemuan pemimpin Umno dengan Umno Selangor dikatakan tidak sehangat negeri-negeri lain kerana Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib sudah memberikan 'briefing' terlebih awal, melarang wakil-wakil bahagian menghentam Abdullah atau menggesa beliau berundur.

Walaupun usaha menyekat perwakilan mengkritik Abdullah dilakukan, ia tidak mampu menghalang 'tsunami' politik berlaku dalam Umno.

Bagi orang-orang Umno, jika Abdullah tidak mahu didesak meletakkan jawatan, Abdullah mesti mengemukakan pelan pengunduran atau transisi kuasa kepada Timbalannya, sebagaimana yang dilakukan Mahathir kepada beliau.

Mereka mahu Abdullah menyatakan tarikh pengundurannya. Abdullah tidak memberikan sebarang respon terhadap desakan mereka.

Abdullah berkata beliau tidak pekak dan mendengar semua kritikan itu. Namun bagi Abdullah, beliau berhak mempertahankan jawatannya Disember depan, kerana beliau mahu memperbaiki Umno sebelum menyerahkannya kepada orang lain.

Tetapi bagi anggota Umno di akar umbi, lagi lambat Abdullah menyerahkan kuasa, usia Umno untuk musnah semakin hampir.

Tidak ada jalan lain bagi mereka, jika Abdullah enggan berundur, maka Abdullah harus dijatuhkan.

Siapa bakal Presiden Umno?

Bagi orang-orang Umno, Najib memang merupakan calon yang terbaik bagi mereka untuk menggantikan Abdullah. Tetapi jika Abdullah menang besar dalam pemilihan Presiden, belum tentu kuasa itu akan diserahkan kepada Najib.

Najib sememangnya diketahui tidak akan menentang Abdullah. Walaupun orang-orangnya bangkit di seluruh negara, menggesa beliau menentang Abdullah, Najib tidak memberikan sebarang respon.

Maka jika Najib tidak berani untuk bertanding menentang Abdullah, siapa lagi di kalangan pemimpin tertinggi Umno yang berani?

Seorang lagi, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak akhir-akhir ini semakin vokal mengkritik Abdullah.

Bagi Muhyiddin, jika Abdullah tidak menentukan bila transisi kuasa akan dibuat, menjelang Jun ini (mesyuarat cawangan dan bahagian bermula), ada 'sesuatu' yang akan berlaku. 'Sesuatu' yang disebut beliau tidak dijelaskan secara terperinci.

Bagi penganalisis politik, walaupun ada kalangan Umno negeri yang menamakan beliau sebagai Timbalan kepada Najib, dalam politik, semuanya belum tentu. Tambahan pula, beliau tidak dilihat sebagai mewakili kumpulan Najib.

Muhyiddin mungkin sedar, jika Najib dipilih sebagai Presiden, orang nombor dua yang akan dipilih beliau, kemungkinan besar sepupunya sendiri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin kepada Najib, bagaikan Tun Hussein Onn kepada Tun Razak.

Maka, jika Abdullah sudah tidak relevan kepada Umno, Najib tidak boleh dipercayai, apakah Muhyiddin berani bertanding jawatan Presiden?

Penganalisis politik percaya, congak politik itu wujud pada pemikiran Muhyiddin, namun sejauhmana sokongan yang boleh diperolehi, beliau belum dapat memastikannya.

Maka calon terbaik untuk menggantikan Abdullah, terbaik dalam konteks ini, iaitu yang berani mencalonkan diri secara terbuka, ialah Tengku Razaleigh.

Mampukah Umno berubah?

Jika orang-orang Umno mahu mengubah partinya, sesiapa sahaja yang menentang Abdullah harus diberikan undi. Setakat ini hanya Razaleigh yang berani, khabarnya akar umbi Umno di seluruh negara sudah berani mencanangkan nama Razaleigh untuk dicalonkan.

Umno tidak akan berubah jika perwakilan hanya menjatuhkan Abdullah dan Khairy sahaja.

Keseluruhan pemimpin tertingginya termasuk Najib, Muhyiddin, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan sebagainya, turut harus bertanggungjawab.

Masalah besar yang dihadapi Umno sebenarnya tidak harus dilihat semata-mata daripada aspek menukar kepimpinan. Bukan juga soal kembali berkuasa penuh dalam negara.

Masalah sebenarnya yang dihadapi Umno ialah kuasa politik yang dibina kukuh selama lebih 50 tahun semakin pupus.

Justeru Umno hanya akan diterima rakyat jika, ianya kembali kepada landasan sebenar. Kembali kepada perjuangan asalnya. Kembali memperkukuhkan institusi bangsa yang mereka sendiri menghakiskannya.

Buat masa ini, semua pemimpin Umno sudah hilang fokus mereka dalam mentadbir negara, mereka hanya mencongakkan mesyuarat agung parti yang bermula Jun hingga Disember.

Masa lapan bulan selepas pilihan raya sehingga Disember, akan dihabiskan dengan konflik dalaman mereka. Buat masa ini masih belum nampak penyatuan kepimpinan Umno wujud.

Apa pun, sama ada jika Abdullah berjaya kekalkan jawatan, atau Najib menggantikannya, atau mungkin Muhyiddin, atau mungkin Razaleigh menjadi Presiden, belum tentu Umno dapat dipulihkan.
Jika pemimpin Umno tersilap langkah, barangkali juga menjelang PRU ke-13, sama ada tahun 2012 atau 2013 nanti, nama dan sejarah Umno akan tersimpan di dalam muzium.

Kumpulan 11 muncul…dakwa Dr Mahathir penyebab UMNO haram

Bunyi nama kumpulan mereka seperti penyamun dan penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti itu haram 20 tahun yang lampau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987 yang menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.

Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah .

Selepas ia tidak dilaya baru mereka membawanya ke mahkamah.

Jika mesyuarat cawangan dan bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO itu juga tidak sah.

Ini yang akhirnya membawa kepada Hakim Harun Hashim memutuskan UMNO haram.

Pagi Sabtu salah seorang anggota Kumpulan 11 itu,Rahim Abdul Rahman ( baju merah) mengadakan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menuntut agar diperbetulkan fakta sejarah tentang fiasco pengharaman UMNO itu.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ini tidak mahu lagi kumpulan itu terus menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.


Rahim tampil ke depan setelah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.




Khamis malam Perdana Menteri menghadiri jamuan makan malam Majlis Peguam yang turut dihadiri oleh bekas Ketua Hakm Negara Tun Salleh Abas dan tiga lagi bekas hakim yang dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.



Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.




Rahim yang kata beliau mewakili rakan-rakan lain dalam kumpulan itu ( ada yang sudah meninggal dunia) mendakwa bahawa UMNO haram kerana tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak mahu melihat UMNO pulih sebab bimbang pemilihan UMNO perlu diadakan semula waktu itu.

Katanya tindakan mereka membawa kes mesyuarat cawangan dan bahagian yang tidak sah itu semata-mata bertujuan agar Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula dan bukan hendak melihat UMNO haram.

Dakwa Rahim semasa mereka merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO masa itu Tan Sri Sanusi Junid bersikap tidak demokratik tidak melayan dan menjawabnya dengan betul.

“Sebelum ini tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentabir parti mengikut acuan dan citarasa mereka,”katanya.

Beliau mendakwa Dr Mahathir tidak mahu Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula kerana tidak yakin keputusan akan menyebelahi beliau jika pemilihan diadakan semula.

Dakwannya sebab itu bekas Perdana Menteri itu lebih suka melihat UMNO haram.

“Di situlah bermulanya episod The Grand Design of Mahathir ,”dakwa Rahim yang turut melibatkan pemecatan para hakim itu.

Katanya beliau sedia disaman oleh Dr Mahathir dan berdepan dengannya di mahkamah kerana membuat dakwaan ini.

Beliau juga kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Abdullah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.

“Soalnya apakah beliau merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa ?Soalnya apakah beliau lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

“Pada hemat saya beliau sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu,” dakwa Rahim

PRU Ke-12 jadikan Umno panik, takut kehilangan kuasa - Presiden PAS

MARANG, 17 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno panik serta amat takut dengan kehilangan kuasa memerintah negara.

Ini kerana, katanya kuasa rakyat telah berjaya mengubah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) yang kehilangan majoriti dua pertiga cukup takut dan bimbang kehilangan kuasa memerintah negara ini.

"Keputusan pilihan raya sebenarnya menunjukkan MCA, MIC dan Gerakan yang teruk. Umno tidak seteruk itu.

"Tetapi apa yang berlaku Umno yang �bising� kerana kepada mereka ialah berkuasa dan memerintah, kerana kehilangan kuasa dan kekurangan kuasa menyebabkan mereka (Umno) jadi panik," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertama setelah dibenarkan pulang ke rumah setelah menerima rawatan enam hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), petang semalam.

Padahal katanya, apa yang berlaku mereka (Umno) tidak kalah seteruk MCA, MIC dan Gerakan dalam pilihan raya umum lalu tetapi bimbang kehilangan kuasa majoriti tersebut.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata sepatutnya Umno yang masih ada kuasa sedikit sebanyak mencari penyelesaian di peringkat nasional bagi menyambung pemerintahan yang lebih baik.

Menurutnya, Umno perlu mencari jalan penyelesaian ke arah pemerintahan yang lebih baik bagi memulihkan keadaan dan bukan memulihkan Umno.

"Saya (PAS) mencadangkan supaya pertemuan diadakan oleh pemimpin negara dengan pemimpin-pemimpin politik PAS, KeADILan dan termasuklah pemimpin DAP.

"Ini kerana, orang Cina sudah memberi kepercayaan kepada DAP dan tidak lagi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

"Sepatutnya, perbincangan diadakan termasuk pemimpin DAP melibatkan PAS, melibatkan keADILan untuk kita sama-sama menghayati pemerintahan selepas pilihan raya," ujarnya.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno lebih sibuk untuk memulihkan Umno serta menyelesaikan masalah dalaman parti secara terbuka.

"Saya merasa dukacita kerana Umno menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan cara yang terbuka, di kedai kopi, di tengah jalan.

"Di luar budaya dan adab orang Melayu. Biasanya orang Melayu jika masalah rumah tangga mereka tidak bincang di kedai kopi dan ini memalukan orang Melayu," ujarnya. - mns

Anwar lebih senang Pak Lah kekal!

Oleh Dr Mohd Khir Toyo

Sungguhpun berada di luar negara, isu-isu dalam negara turut saya ikuti. Berdasarkan laporan-laporan media hari ini ternyata YAB Pak Lah berhasrat untuk kekal buat beberapa tahun lagi. Persoalannya apa akan berlaku kepada senario politik negara dan UMNO? Apakah hala tuju kepimpinan negara berdasarkan kenyataan Pak Lah beberapa hari lalu?

Dalam catatan sebelum ini, saya menyatakan bahawa Pak Lah harus melaksanakan exit plan seperti yang disarankan oleh banyak pihak termasuk UMNO Johor.

Saya juga menyarankan beberapa pembaharuan segera dalam kerajaan dan UMNO jika BN mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat. Beberapa pandangan yang diberi oleh pembaca mengenai arah pembaharuan dalam catatan sebelum ini turut boleh dijadikan panduan.

Nampaknya cadangan peralihan kepimpinan dan pembaharuan secara baik tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Saya percaya ini akan memberi kesan kepada usaha untuk meraih kembali kepercayaan dari kalangan akar umbi UMNO dan rakyat.

Melihat kepada kegigihan Tun Dr. Mahathir mewujudkan momentum yang agak tinggi dalam siri ucapan beliau, jalan untuk kepimpinan hari ini meraih kembali kepercayaan ahli UMNO agak sukar dan penuh liku. Penerimaan pemimpin bahagian, cawangan dan ahli UMNO serta rakyat terhadap usaha Tun semakin tinggi.

Sukar sama sekali untuk BN kembali pulih jika terus mengabaikan pandangan Tun secara total. Kedudukan Tun sebagai pemimpin ulung negara belum pudar bukan sahaja kepada ahli UMNO malah kepada seluruh rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama mahu pun peringkat umur.

Malah, menurut seorang rakan, rakyat memberi reaksi spontan kepada Tun dengan memberi tepukan gemuruh sambil berdiri (standing ovation) dalam dua majlis terakhir yang beliau hadiri iaitu - Konsert anjuran Pengasih dan Konsert Celine Dion. Ini wajar membuka mata kepimpinan hari ini mengenai pengaruh dan populariti Tun.

Senario Semasa Politik Negara

Beberapa perkara mungkin akan berlaku dan bakal mengubah lanskap politik tanah air. Perubahan ini boleh menjadi satu yang menguntungkan parti dan negara atau sebaliknya. Walau apa pun kita perlu hadapi secara bersama. Saya menjangkakan beberapa senario seperti berikut mungkin berlaku:

Senario Pertama

Berlaku perubahan atau rombakan kabinet. Pak Lah terpaksa merombak kabinet sedia ada untuk memenuhi tuntutan dari Sabah dan Sarawak.

Pertemuan Pak Lah dengan pucuk pimpinan Sabah memperlihatkan kekecewaan rakyat Sabah. Para pemimpin di Sabah melihat rakyat di negeri itu dilayan sebagai kelas kedua dan sebagainya.

Malah ada yang mengatakan "bukan pemimpin Sabah yang perlu dibimbangi akan lompat, tetapi takut nanti rakyat Sabah yang akan lompat dalam pilihan raya umum akan datang."

Saya melihat kenyataan ini ada kebenarannya. Malah saya boleh merasakan perasaan yang sama itu kerana saya pernah bekerja di Sabah.

Saya tidak ikut serta dalam perjumpaan di Sarawak. Tapi saya rasa mungkin perkara yang sama berlaku. Untuk itu saya berpendapat, sama ada suka atau tidak Pak Lah perlu merombak kabinet.

Namun sama ada rombakan Kabinet akan berlaku atau tidak, ia merupakan hak budi bicara (prerogratif)YAB PM.

Senario Kedua

Namun senario kedua yang mungkin berlaku adalah undi tidak percaya terhadap PM di Parlimen oleh pembangkang. Lebih-lebih lagi pemilihan Speaker juga tampaknya kurang teliti (sama seperti ketika membentuk kabinet). Jika ini berlaku, Datuk Seri Najib akan mengambil alih kepimpinan setelah mendapat persetujuan UMNO dan Barisan Nasional serta Perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Namun saya tidak menjangkakan ini akan dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam jangka masa terdekat ini. Jika ia dibuat pasti jalan Anwar untuk kembali ke puncak akan lebih sukar. Ini kerana saya pasti DS Najib akan melakukan perubahan yang agresif dalam kerajaan dan parti untuk mengekang Anwar dan sekutunya.

Pada hemat saya, Anwar lebih senang melihat Pak lah terus kekal. Ini akan mewujudkan kedudukan UMNO yang lemah dan sokongan parti komponen juga agak kurang. Akhirnya BN akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.

Justeru, jalan terbaik Anwar Ibrahim adalah untuk terus melemahkan UMNO dan BN. Bagi tujuan itu, Anwar akan cuba membina keyakinan rakyat terhadap beliau melalui proses demokrasi dan sekaligus meruntuhkan moral dan kepercayaan rakyat dan ahli UMNO terhadap Pak Lah dan Najib.

Saya yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat PR) berkuasa kelak.

Anwar akan bertanding sebagai calon Perdana Menteri (in waiting). Sementara itu seperti tradisi, Timbalan Presiden UMNO, DS Najib akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli UMNO dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang. Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR.

Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli UMNO, kepada Pak Lah tetapi juga kepada DS Najib. UMNO hampir pasti hancur jika ini berlaku.

Ini yang amat saya bimbangi dan saya yakin akan berlaku, lebih-lebih lagi memikirkan kemungkinan pilihan raya kecil ini diadakan hampir dengan Persidangan Agung UMNO tahun ini. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kepada UMNO.

Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan moral dalam dan luar negara. Beliau akan menyusun langkah seterusnya dengan mengadakan undi tidak percaya kepada PM dalam sidang kedua Parlimen akan datang.

Ketika itu, sama ada beliau telah "beli" wakil BN atau tidak bukan lagi persoalan. Krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah ketika itu amat dahsyat dan boleh dikatakan tiada keyakinan langsung. Jadi undi tidak percaya kepada Pak Lah bukan proses beli undi tetapi kerana krisis keyakinan kepada kedua-dua kepimpinan negara iaitu Pak Lah dan DS Najib (yang kalah dalam pilihan raya kecil Bandar Tun Razak).

Anwar Ibrahim akan membentuk kerajaan campuran baru. Sama ada parti komponen yang lompat atau wakil yang lompat itu perlu dikaji dengan lebih teliti.

Saya yakin Anwar tidak akan masuk sidang Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Jika ini berlaku akan banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau.

Melihat karektor Anwar sejak dahulu beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri. Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua.yang penting ingin jadi Perdana Menteri negara ini.

Kesimpulan

Atas kebimbangan inilah, saya merayu Pak Lah memikirkan semula exit plan yang terbaik dan ia tidak boleh dilengahkan.

Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk DS Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti.

(Bagi saya, jika Pak Lah yang melakukan rombakan kabinet seperti dalam senario 1 pun, ia tetap akan ada krisis keyakinan dan kepimpinan. Ini kerana Pak Lah sekali lagi dilihat membuat keputusan yang berubah-ubah. Justeru pemimpin baru perlu bagi melakukan pembaharuan dalam senarai kabinet mahu pun sistem pentadbiran.)

Jika ini dapat dilakukan dalam waktu terdekat, rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil pasti tergendala. Ini kerana mood ahli dan rakyat akan berubah untuk memberi peluang kepada pemimpin baru.

UMNO dan parti komponen BN juga akan lebih kukuh menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

Malah jika Anwar menang dalam pilihan raya kecil pun sama ada di bandar Tun Razak atau Permatang Pauh, ia tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri kerana keyakinan dalam UMNO dan BN telah dipulihkan.

Segala hasrat untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen akan berkubur begitu sahaja.

Jika Pak Lah kekal dan dicabar dalam Pemilihan UMNO, akan berlaku suasana yang berbeza sama sekali. Ini mungkin saya akan ulas dalam tulisan akan datang.