Pada hakikatnya, Dasar Ekonomi Baru sudah lama dimansuhkan. Sila baca dan amati kenyataan (statement) kerajaan Pusat yang pernah disiarkan melalui media masa tempatan. :--
Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk;
* Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
* Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Namun dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan telah dilancarkan secara rasmi oleh Tun Mahathir Muhammad pada 17hb.Jun 1991. Fokusnya hampir serupa dengan DEB, iaitu membasmi golongan miskin dan menyusun semula masyarakat. Objektifnya ialah;
1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar.
2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi.
Lantaran ini, pelbagai program perlu disusun dan diperkemas kini dari masa ke semasa. Antara program-program tersebut ialah membasmi kemiskinan erta menyusun semula masyarakat, memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek, meningkatkan penggunaan sains dan teknologi, menerapkan nilai sosial, kerohanian serta sikap menyintai alam sekitar dan meningkatkan peluang serta kemudahan pendidikan. Cadangan Pembentukan Agenda Nasional Baru (ANB)Menurut menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin; ANB yang disaran untuk tempoh 15 tahun sehingga 2020 bagi tujuan memperkasakan lagi bangsa Melayu dalam bidang ekonomi itu, harus berteraskan beberapa strategi utama, antaranya ialah:
* Penguasaan hak milik saham oleh Bumiputera sebanyak 30 peratus pada 2020 termasuk pemilikan tanah, perumahan, premis perniagaan dan harta intelek.
* Penguasaan masyarakat Bumiputera dalam bidang teknologi baru dan strategik seperti bioteknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perkhidmatan, dengan melaksanakan program pembangunan untuk rakyat bandar dan luar bandar;
* Meningkatkan jumlah bangsa Melayu yang berpendidikan tinggi dan profesional, dan
* Mahukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) lebih serius dalam melaksanakan agenda nasional baru dengan memastikan penyertaan Bumiputera yang berkesan dari segi peluang perniagaan.
Sehubungan dengan kenyataan ini, adalah amat tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk mempertikaikan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengisytiharkan pemansukhkan DEB di Pulau Pinang sebagaimana yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia, 12hb.Mac 2008.
Jumaat, 9 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan